Drama ARIANA ROSE (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama ARIANA ROSE (TV3)


Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013.

Judul Drama : Ariana Rose
Pengarah: Raja Alauddin Shah
Penulis Skrip : Sofia Rhyland
Penerbit : PenaCreative
Episod : 28 episod
Novel : The Wedding Breaker terbitan Karya Seni

Pelakon : Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liayana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil (Datin Asra), Mustapha Kamal (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Tengku Lisdania), Rahhim Omar (Tengku Sidin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Syatilla Melvin (Sophie), Wan Sharmila (Linda)
Mulai : 30 Disember 2013
Jadual : Isnin - Khamis,
Pukul : 7.00pm - 8.00pm
Saluran : Slot Akasia, TV3


SINOPSIS DRAMA ARIANA ROSE

ARIANA ROSE

ARIANA ROSE adalah drama yangmengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal  diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama  dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.




SINOPSIS NOVEL WEDDING BREAKER

Drama ini mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.

Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.



GAMBAR PELAKON DRAMA ARIANA ROSE

Nur Fathia sebagai Ariana Rose


Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil


Tasha Shilla sebagai Tengku Juwita


Nabila Huda


Syatilla Melvin


Wan Sharmilaa sebagai Linda


Jasmin Hamid sebagai Tengku Marsela


Ziela Jalil












































Nantikan Drama ARIANA ROSE di Slot Akasia TV3 sebelum masuk tahun baru 2014 :)


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama ARIANA ROSE (TV3)"

Catat Ulasan