Drama ISTIDRAJ CINTA (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama ISTIDRAJ CINTA (TV3)




ISTIDRAJ CINTA merupakan drama yang menggantikan drama Terukir Di Bintang di slot Samarinda yang tamat pada 10 Disember ini. Drama bersiri 15 episod ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan akan memulakan tayangan mulai 11 Disember 2013 di slot Samarinda TV3. Barisan pelakon utama ialah Johan Asari dan Rita Rudaini. 
TAJUK  : ISTIDRAJ CINTA
PENGARAH DRAMA : MURALI ABDULLAH
EPISOD : 15 EPISOD
SIARAN : ISNIN hingga RABU
MASA : 10pm - 11pm
PELAKON : Johan Asari, Rita Rudaini
Datuk Tamimi Sarigar, Ifa Raziah, Shatilla Melvin




SINOPSIS ISTIDRAJ CINTA

Drama ’Istidraj Cinta’ mengisahkan tentang Azhar (Johan As’ari), anak kepada Dato’ Yatim (Dato’ Tarmimi Siregar) dan Datin Hashimah (Ifa Raziah) memerlukan penderma kornea mata apabila doktor mengesahkan kornea matanya telah berparut akibat penyakit keratoconus. Di hospital, Azhar bertemu dengan Shahril (Aman Nassim), sahabat baiknya di universiti yang sedang menderita dengan kanser hati yang kronik. 

Shahril sedar bahawa masanya sudah tidak lama, dia memberitahu bahawa dia telah menderma kornea mata kepada Azhar di hadapan Ustaz Ramli dan kakaknya, Siti Fatimah (Rita Rudaini). Shahril meminta Azhar agar berjanji dengannya tidak akan melihat wajah gadis lain selepas pembedahan matanya kecuali wajah Siti Fatimah. Shahril juga meninggalkan wasiat kepada Azhar supaya mengahwini Siti Fatimah dan menjaganya kerana mereka tidak mempunyai sesiapa lagi sejak kematian ibu bapa. Siti Fatimah seorang yang ayu dan sopan tetapi matanya buta sejak kecil.

SINOPSIS EPISOD ISTIDRAJ CINTA DI TV3

Suasana di hospital agak cemas di bilik kecemasan apabila Shahril ditolak masuk ke dalam bilik kecemasan. Shahril (28) menderita akibat kanser hati peringkat ke 4 yang baru sahaja dikesannya.

Keadaan Shahril yang semakin kritikal membuatkan Azhar risau. Azhar hampir luapa bahawa dia juga sakit dan matanya semakin menuju ke arah buta.

Pagi itu Azhar bangun seperti biasa dan menuju ke arah wad Shahril. Alangkah terkejutnya Azhar apabila dimaklumkan bahawa Shahril telah meninggal dunia. Azhar merasa amat sedih kerana kehilangan Shahril.

Hari yang dinantikan tiba. Penutup mata Azhar akan dibuka. Azhar masih belum dapat melihat. Doktor mengesahkan terdapat pendarahan kecil dan kemungkinan disebabkan oleh penolakan mata pada kornea mata yang didermakan oleh Shahril.

Azhar mengambil ijazahnya dan ijazah milik Shahril bersama Siti Fatimah serta Datin Hashimah di Universiti Malaya. Azhar meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama dengan Shahril menaiki pentas pada hari konvokesyen bagi menggengam segulung

Majlis perkahwinan Azhar dan Siti Fatimah tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Azhar meminta kepada Dato Yatim agar perkahwinannya diadakan secara kecil-kecilan sahaja kerana tidak mahu berlaku pembaziran.


GAMBAR PELAKON DRAMA ISTIDRAJ CINTA 
















Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama ISTIDRAJ CINTA (TV3)"

Catat Ulasan