Sinopsis Filem Muka Surat Cinta - senarai drama adaptasi novel

Sinopsis Filem Muka Surat Cinta

Sinopsis Filem Muka Surat Cinta merupakan filem arahan Pierre Andre keluaran MIG Pictures Sdn. Bhd. Filem romantis ini bakal menemui penonton di pawagam mulai 16 Januari 2014. 

Nama Pelakon Muka Surat Cinta

 Mikail Andre sebagai Putra
Nina Iskandar sebagai Luna
Atikah Suhaimie sebagai Nurul
Hilal Azman sebagai Dato Khalid
Lan Zailan sebagai Zahid.



SINOPSIS MUKA SURAT CINTA

Perkahwinan Putra dan Luna sudah pun mencecah setahun. Namun hubungan mereka berdua begitu hambar. Putra sibuk mencari kembali minatnya dalam dunia penulisan, dengan membaca sebuah novel indie. Di dalam novel tersebut, dia terbaca sesuatu ayat yang menarik perhatiannya, yang tetulis pada muka surat 7 novel tersebut. Ayat tersebut membuatkan Putra ingin tahu siapa yang menulisnya. Bermula dengan pertemuan pertama bersama Zahid, Putra mendapatkan maklumat tentang peminjam novel tersebut. Zahid memberitahu Putra bahawa novel tersebut, pernah dibaca oleh isteri Zahid dan novel tersebut diambil disebuah perpustakaan lama. Lantas Putra bergegas ke perpustakaan yang dinyatakan dan mencari list peminjam novel tersebut, untuk mengetahui siapa yang meminjam novel itu dan siapa yang menulis ayat-ayat indah di muka surat 7 novel tersebut. Setelah dia hampir tahu siapa yang menulis nota itu, dia tiba-tiba teringat akan Luna dirumah, walaupun setahun hubungan mereka penuh dengan kehambaran, namun kesetiaan Luna tak pernah terputus buat Putra. Putra membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan perempuan misteri tersebut dan pulang ke rumah. Setibanya Putra dirumah, baru dia tersedar yang tulisan Luna sama seperti tulisan dalam muka surat 7 novel yang dibaca Putra.

Nantikan dipawagam berdekatan anda!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sinopsis Filem Muka Surat Cinta "

Catat Ulasan