Drama ROMI CINTA JULIA (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama ROMI CINTA JULIA (TV3)

Drama melayu terbaru yang berjudul  ROMI CINTA JULIA (TV3)-  Drama ini akan bersiaran mulai 27 Februari 2014 yang akan menggantikan drama Ku Cinta Kau Seorang.

Judul : ROMI CINTA JULIA
Mulai : 27 Februari 2014
Siaran : Setiap Hari Khamis, 9 malam di Slot Lestary TV3
Episod : 13 episod
Pengarah : Kas Roshan
Karya : Nieza Nahar
Terbitan : CreativeSkill
Lagu OST : Wanita Sempurna oleh Ning Baizura
Pelakon Utama : Syarul Ridzwan (Romi), Aisya Hasnaa (Julia), Aidil Aziz, Leez Rosli
Dibantu oleh : Isma Daniel, Aida Aris, Mahmud Ali Basha, Mia Ahmad, Maria Farida

SINOPSIS DRAMA ROMI CINTA JULIA

Julia, berusia 20 tahun merupakan anak bongsu kepada pasangan Malik dan Sabariah. Dia sangat manja dan mahu orang di sekelilingnya mengikut segala kemahuannya. Julia yang sedang belajar di salah sebuah kolej swasta sedang mabuk bercinta dengan Jeff, anak jiran tetangganya. Jeff mempengaruhi Julia untuk berhenti belajar dan mencari kerja lalu berkahwin dengannya. Orang tua Julia sungguh kecewa dan tidak merestui hubungannya dengan Jeff yang dianggap memberi pengaruh buruk untuk masa depannya.

Namun, kasih Julia tidak cukup kuat untuk Romi. Jeff muncul kembali menagih cintanya. Jeff merayu Julia memaafkannya dengan alasan yang cukup kukuh. Mana mungkin Julia melupakan cinta pertamanya semudah itu. Kalau dulu, Julia nekad meninggalkan keluarganya, mengapa tidak kini? Romi hanya suami yang muncul selepas hujan lebat.


GAMBAR PELAKON DRAMA ROMI CINTA JULIA



























Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama ROMI CINTA JULIA (TV3)"

Catat Ulasan