Sinopsis Drama MIRANDA - senarai drama adaptasi novel

Sinopsis Drama MIRANDA


Drama terbitan Enuja Production berjudul Miranda bersiaran mulai 5 Februari 2014 iaitu setiap hari Rabu, jam 9.00 hingga 10.00 malam. Dibintangi oleh Dazrin Kamaruddin, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Adrea Abdullah, Roy Azman, Zila Bakarin, Datuk Eizlan Yusof, Hafizul Kamal, Mardiana Alwi, Nor Albaniah dan ramai lagi. Drama 15 episod ini diarahkan oleh Along Kamaruddin manakala skrip ditulis oleh Sharifah Abu Salem.

SINOPSIS DRAMA MIRANDA

Drama bersiri 15 episod ini bermula apabila Miranda (Fasha Sandha) melarikan diri ke Kuala Lumpur setelah memutuskan pertunangan dengan Izwan (Hafizul Kamal) iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah (Nor Albaniah). Izwan cuba memperkosa Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Miranda tidak tahan dengan sikap Izwan yang semakin ligat mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya lalu Miranda melarikan diri ke rumah bapa saudaranya Datuk Shukri (Datuk Eizlan Yusof) untuk menumpang buat sektika. 

Kehadiran Miranda di rumah Datuk Shukri ternyata tidak disenangi oleh isteri Datuk Shukri, Datin Rina (Zila Bakarin). Akhirnya Datin Rina menghalau Miranda dari rumahnya dan dia mahu Miranda merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Datuk Shukri. Selepas kejadian itu, Miranda menumpang di rumah kawannya, Mazita. Bagaimanapun, Datuk Shukri berjaya menemui Miranda dan membawa Miranda pulang ke rumahnya. 

Anak perempuan Datuk Shukri iaitu Melly (Mardiana Alwi) begitu cemburukan kecantikan yang ada pada Miranda dan layanan mesra yang diberikan Datuk Shukri kepada sepupunya itu. Melly semakin benci pada Miranda apabila Datuk Shukri menawar Miranda bekerja di syarikatnya.  

Sementara itu, anak lelaki Datuk Shukri, Ammar (Dazrin Kamaruddin) baru pulang dari luar negara. Ammar akan dijodohkan dengan Sheena (Andrea Abdullah) namun Ammar lebih sukakan Miranda. Keengganan Ammar mengahwini Sheena  membuatkan Datuk Shukri merancang untuk menyatukan Ammar dengan Miranda. Miranda tidak menolak permintaan bapa saudaranya kerana dia sendiri ingin melepaskan diri dari Izwan. 

Ammar sentiasa memberi layanan baik kepada Miranda sejak mereka ditunangkan. Pada mulanya Miranda tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Ammar. Bagaimanapun, sejak Miranda terjumpa beberapa keping gambar seorang wanita berpurdah di dalam diari Ammar yang tercicir di dalam keretanya, perasaan cemburu mula hadir dalam dirinya. Sikap Ammar yang kerap menghilangkan diri di pejabat menbuatkan Miranda semakin mengesyaki Ammar sudah ada pilihan hati sendiri. Apakah yang disorokkan oleh Ammar dari Miranda?

Sementara itu, ayah Sheena  iaitu Datuk Salleh (Roy Azman) yang tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk Shukri kerana tidak menyatukan Sheena dengan Ammar telah menghantar Fezrul untuk membuat kacau dalam syarikat Datuk Shukri. Fezrul (Fauzi Nawawi) turut membuat perasaan Miranda beralir arah kepadanya apabila dia menggunakan ilmu sihir untuk memisahkan Ammar dan Miranda. Kemesraan di antara Miranda dan Fezrul membuatkan Ammar cemburu. Sheena mengambil peluang itu untuk mendekati Ammar. 

Hubungan Miranda dan Ammar semakin dingin dan mereka berdua bercadang untuk memutuskan ikatan pertunangan mereka. Ketika Miranda dan Ammar bertengkar di satu tapak projek, Izwan muncul dan mengambil kesempatan melepaskan tembakan ke arah mereka berdua. Ammar sempat menolak Miranda apabila ternampak Izwan sedang mengacukan pistol ke arah mereka. 

Keadaan Ammar parah dan dia koma selama seminggu. Pada saat itu, Miranda diserang kebimbangan dan rasa takut kehilangan Ammar. Miranda banyak mengurungkan diri di dalam rumah kerana dihimpit dengan perasaan bersalah. 

Salimah pula masih tidak berputus asa untuk menjodohkan Miranda dengan Izwan. Sehingga dia sanggup menguggut Datuk Shukri untuk membocorkan rahsia kononnya Miranda adalah anak kandungnya bersama isteri kedua. Adakah Miranda dan Ammar adik beradik kandung atau Salimah sengaja menabur fitnah demi kepentingan dirinya? Masih adakah peluang kedua buat Miranda dan Ammar untuk bersama? Atau mereka berdua membuat keputusan untuk tetap berpisah?


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sinopsis Drama MIRANDA"

Catat Ulasan