Separuh Jiwaku Drama (TV9) - senarai drama adaptasi novel

Separuh Jiwaku Drama (TV9)


Drama bersiri terbaru berjudul SEPARUH JIWAKU akan menghiasi slot Ratu di TV9 pada 26 Mac ini menggantikan drama 7 Suami yang akan menamatkan siarannya tidak lama lagi. Drama terbitan BZ2121 Productions ini diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri. Pelakon utama drama ini dibintangi oleh Elfira Loy dan Aedy Ashraf. Saksikan drama Separuh Jiwaku bersiaran mulai 26 Mac 2014, setiap Selasa dan Rabu jam 8.30 malam di TV9. 

TAJUK : SEPARUH JIWAKU
TARIKH : 26 Mac 2014 (setiap Selasa dan Rabu)
PUKUL : 8.30 malam
SIARAN : Slot Ratu TV9
SKRIP : Mama Bella
PENGARAH : Bahri Uma Bajuri
PENERBIT : Datin Zizie Izette
TERBITAN : BZ2121 Productions
PELAKON : Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafidzuddin Fadzil, Jasmin Hamid, Liza Abdullah, Nadia Aqilah Bajuri, Mak Wan, Riz Amin, Mior Fareez, dan Nisha Dir.

LAGU TEMA (OST) : Siapa Diriku
Nyanyian : Amylea Azizan & Nadia Aqilah Bajuri


SINOPSIS SEPARUH JIWAKU

Separuh Jiwaku mengisahkan mengenai Hanna Dalila gadis ceria dan cantik dan merupakan pemilik kedai dobi. Hanna adalah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti semenjak kecil. Berlainan pula dengan Emir Izlan, pemuda kampung yang datang ke Kuala lumpur dan bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka tidak diketahui oleh Dato’ Darwish.

Emir menyewa bilik di atas kedai dobi Hanna dan apabila terlihatkan Hanna pertama kali, dia sudah mula sukakan Hanna dan berkawan rapat dengan Hanna. Satu hari, ketika di dalam kereta, Dato’ Darwish berbual dengan Emir mengenai Hanna. Dato’ Darwish dan Datin Sofinah merupakan pelanggan tetap di dobi milik Hanna. Dato’ Darwish telah berterus terang yang dia menaruh hati pada Hanna. Emir juga terkejut kerana Hanna juga menunjukkan respon positif dan mahu berkahwin dengan Dato’ Darwish. Semenjak itu Emir mula menyimpan dendam terhadap Dato’ Darwish kerana cuba merampas wanita yang dicintainya.

Datin Sofinah pula tidak menyangka Dato’ Darwish sanggup untuk menduakannya. Walaupun marah, Datin Sofinah telah memberikan syarat jika Dato’ Darwish mahu berkahwin dengan Hanna, anak pertama hasil perkahwinan mereka perlu diserahkan kepadanya.

Adakah Hannah sanggup untuk mengikut syarat Datin Sofinah jika dia benar-benar mahu berkahwin dengan Dato’ Darwish dan bagaimana penerimaan Emir terhadap perkahwinan mereka itu nanti?

GAMBAR PELAKON







Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Separuh Jiwaku Drama (TV9)"

Catat Ulasan