Drama Ku Pinjam Cahaya Mu (TV AlHijrah) - senarai drama adaptasi novel

Drama Ku Pinjam Cahaya Mu (TV AlHijrah)


Nantikan telemovie istimewa sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini berjudul 'Ku Pinjam Cahaya Mu'. Telefilem ini diterbitkan bagi mengingati jasa dan pengorbanan guru yang berkhidmat kepada anak bangsa. Ianya dihasilkan daripada kisah benar yang pernah dilalui penulis skripnya iaitu Siti Halawani Haron. Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini diarahkan oleh Ramli Long akan ditayangkan di TV AlHijrah. 

JUDUL : Ku Pinjam Cahaya Mu
TARIKH : 16 Mei 2014
SIARAN : TV AlHijrah
PENGARAH : Ramli Long
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Zamarul Hisham, Zalif Sidek, Mikail Andre dan Syawal Ruslan

SINOPSIS KU PINJAM CAHAYA MU

Selepas 16 tahun berlalu, akhirnya tiga sahabat baik iaitu Anas lakonan Zalif Sidek, Fikri (Mikail Andre) dan Afiq (Syawal Ruslan) yang sekian lama terputus hubungan bertemu semula. 

Masing-masing sudah berjaya dalam hidup. Meskipun sudah berjaya, yang pasti mereka tidak pernah melupakan kisah lalu. Masih segar di ingatan masing-masing, jasa dan pengorbanan se­orang insan yang cukup besar dalam hidup mereka iaitu Cikgu Borhan atau dipanggil ‘cikgu Bob’ (Zamarul Hisham) adalah individu penting di belakang kejayaan mereka.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Ku Pinjam Cahaya Mu (TV AlHijrah)"

Catat Ulasan