Drama ROBOH (TV2) - senarai drama adaptasi novel

Drama ROBOH (TV2)


Drama berjudul Roboh telahpun memulakan tayangan di saluran TV2 pada 3 April lalu. Drama Roboh sebanyak 13 episod itu berkonsepkan keagamaan mengisi jalan cerita sarat dengan pengajaran berguna. Drama arahan Wan Azli Wan Jusoh ini menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Intan Nor Saina, Muniff Isa dan Almy Nadia. Saksikan drama ROBOH Drama berjudul Roboh mengisi slot Selekta Prima TV2 pada setiap Khamis, jam 9 malam di TV2.

TAJUK : ROBOH
EPISOD : 13 episod
TARIKH : 3 April 2014 (Setiap Hari Khamis - 9 malam)
SIARAN : Slot Selekta Prima TV2 (RTM)
Pengarah: Wan Azli Wan Jusoh
PELAKON : Beto Kusyairy, Intan Nor Saina, Muniff Isa dan Almy Nadia



SINOPSIS DRAMA ROBOH

Drama Roboh mengisahkan adik-beradik, Ahsan dan Anas. Mereka juga adalah rakan baik Huda dan sentiasa menghadiri kelas agama di surau lama di bawah bimbingan Haji Ali. Di antara mereka, Ahsan paling rapat dengan Haji Ali yang tinggal sebatang kara.

Satu hari, Haji Ali meninggal dunia akibat demam teruk selepas cuba menyelamatkan surau itu dari roboh dipukul ribut.Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Haji Ali sempat menulis wasiat dan amanahkan Ahsan menjaga surau itu.

Dituduh mementingkan Haji Ali dari ibu bapanya sendiri, Ahsan akhirnya dihalau dari rumah lalu dia menumpang di surau buat sementara waktu. Tidak lama selepas itu, orang suruhan Haji Nordin, abang kepada arwah Haji Ali mengarahkan Ahsan mengosongkan surau itu kerana tapaknya akan digunakan untuk membina pusat komersial.

Bermula di situ, Ahsan sedaya upaya mempertahankan amanah Haji Ali, namun gagal apabila Haji Nordin menggunakan taktik kotor dengan membakar wasiat itu.Malah ketika surau dirobohkan, tiada penduduk kampung datang membantu Ahsan sebaliknya menuduh pemuda itu bersalah.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama ROBOH (TV2)"

Catat Ulasan