‎Cakap Melayulah‬ (Astro Warna)


Saksikan sitkom terbaharu di Astro Warna bertajuk 'Cakap Melayulah!' akan menemui penonton mulai 23 Jun ini pada jam 10.30 malam. Siri komedi mencuit hati ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Nabil Ahmad, Shahrul Shiro, Zaid Alamak, Khatijah Tan, Jasmin Hamid dan pelakon jemputan Marsha Mulan dan Ainul Aishah. Selain mereka terdapat juga pelakon luar negara menyerikan lagi sitkom ini. ‎Cakap Melayulah bakal ke udara sebanyak 13 episod, sitkom arahan Roslan Hussein. 

TAJUK : CAKAP MELAYULAH!
TARIKH : 23 Jun 2014 (10.30 malam)
SIARAN : Astro Warna dan Astro Mustika HD
PENGARAH : Roslan Hussein
PELAKON : Nabil Ahmad, Shahrul Shiro, Zaid Alamak, Khatijah Tan, Jasmin Hamid, Marsha Mulan, Ainul Aishah

VIDEO PROMO


SINOPSIS CAKAP MELAYULAH!

Cakap Melayulah merupakan sitkom drama siri komedi yang berkisarkan Daud (Nabil Ahmad) yang ingin menjadi artis terkenal tetapi terpaksa mengambil kerja di sebuah pusat tuisyen bahasa walaupun tidak berkelayakan mengajar Bahasa Melayu.

Pusat Tuisyen ini dimiliki Puan Rozita (Jasmin Hamid) sementara kafe dikendalikan Mak Som (Khatijah Tan) ibu saudara Daud serta pembantu berbangsa Bangladesh, Abdul (Shahrol Shiro).

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : ‎Cakap Melayulah‬ (Astro Warna)

0 comments:

Catat Ulasan