Drama Setulus Cinta Aqilah


Saksikan telemovie arahan terbaru Mior Hashim bertajuk 'Setulus Cinta Aqilah' bakal disiarkan menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD pada 21 Jun ini. Drama terbitan Alkahfi Pictures ini ditulis oleh A. Ubaidillah Alias. Antara barisan pelakonnya ialah Faralyna Idris, Amirul Affendi, Azri Iskandar, Rahim Razali dan beberapa pelakon lagi.

JUDUL : SETULUS CINTA AQILAH 
TARIKH : 21 Jun 2014 (9 malam)
SIARAN : Astro Oasis (CH106) dan Astro Maya HD (CH135).
PENGARAH : Mior Hashim Manap
SKRIP : A. Ubaidillah Alias
TERBITAN : Alkahfi Pictures
PELAKON : Faralyna Idris, Amirul Affendi, Azri Iskandar, Rahim Razali, Wan Suhairi

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Bagai Ada Tak Ada
Artis : T:zi

SINOPSIS SETULUS CINTA AQILAH 

Setulus Cinta Aqilah membentangkan kisah menganai Aqilah anak Datuk Mohsin yang kematian ibu dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ayahnya. Pada masa yang sama Datuk Muhsin mengharapkan jodoh yang baik untuk anaknya. Bagaimanapun dalam satu kejadian seorang pemuda kampung, Amin telah kematian ayahnya kerana terlambat memberi ubat akibat berlaku pelanggaran dengan kereta Datuk Mohsin.

Amin menganggap Datuk Muhsin membawa malang dalam hidupnya kerana Datuk Muhsin, ayahnya meninggal dunia. Datuk Muhsin pula rasa bertanggungjawab ke atas Amin dan mengambil tindakan luar biasa iaitu meminang Amin untuk anaknya. Pada mulanya Amin tidak mahu menerima Aqilah sebagai isterinya tetapi selepas dipujuk akhirnya dia setuju. Bagaimanapun kebahagian terus jauh dari kehidupan mereka, sikap Amin yang tidak bertanggungjawab dan Aqilah yang tersisih berakhir dengan satu tragedi.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Setulus Cinta Aqilah"

Catat Ulasan