Pontianak Teng Teng - senarai drama adaptasi novel

Pontianak Teng Teng


JUDUL : Pontianak Teng Teng
GENRE : Komedi
SIARAN : Hari Raya Pertama, 12.30 petang, TV9
PELAKON : Rita Rudaini, Mak Jah, Yus Jambu dan Shah Tapaw. 

SINOPSIS PONTIANAK TENG TENG

Pontianak Teng Teng ini mengisahkan tentang seorang janda yang jelita bernama Indah. Indah sering menjadi tarikan kerana susuk badannya yang cantik dan rupa parasnya yang menarik. Apatah lagi Indah gemar berpakaian kebaya. Ramai pemuda kampung ingin mengambil kesempatan ke atas Indah untuk mendekatinya. Indah bekerja penoreh getah di kebun Pak Seman. Kehadirannya menjadi rebutan tiga sahabat baik Wardi, Asmadi dan Taib sehingga menjejaskan persahabatan mereka.

Namun, sejak kemunculan Indah, kampung tersebut menjadi gempar dengan kematian misteri jejaka-jejaka kampung. Saban minggu akan ada seorang jejaka kampung yang mati dan ditemani lakaran teng teng di sisinya. Penduduk kampung tertanya-tanya siapakah dalangnya, namun Mak Esah, seorang wanita tua yang dianggap gila oleh penduduk kampung mengesyaki ianya ada kaitan dengan Indah. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pontianak Teng Teng"

Catat Ulasan