Telefilem Superstra (TV9) - senarai drama adaptasi novel

Telefilem Superstra (TV9)


JUDUL : SUPERSTRA
SIARAN : Raya Ketiga, 12.30 tengahari, TV9
PELAKON :Anas Ridzuan, Johan As’ari, Mira Amnas, Mustaqim Bahadon, Aziz M. Osman dan Afdlin Shauki

SINOPSIS SUPERSTRA

Superstra mengisahkan tentang Norman, seorang pelakon tambahan yang ingin menjadi pelakon terkenal. Dia berlakon dalam sebuah produksi sebagai pelakon tambahan bersama dengan kawan baiknya Johan. Di lokasi, Norman bertemu dengan seorang pelakon tambahan wanita bernama Illyana dan mereka menjadi baik. Pelbagai insiden berlaku di lokasi pengambaran termasuk perselisihan antara Norman dan pelakon utama drama tersebut iaitu Amin.

Norman terasa terkilan apabila mereka diasingkan ketika masa rehat atau makan dengan pelakon utama. Keadaan ini sebaliknya, membuatkan Norman berusaha untuk mengambil hati pengarah supaya dia diberi watak penting dalam drama itu. Rancangan Norman berjaya apabila dia dapat memulihkan hubungan pengarah dengan isterinya yang sebelum ini berantakan. Dalam pada itu,Iliyana sering didampingi oleh pelakon utama drama tersebut yang sebenarnya berniat untuk mengambil kesempatan. Norman dapat menghidu tektik Amin dan cuba menasihati Iliyana dan ini membuatkan Norman bertengkar dengan Amin. Pelbagai kisah yang berlaku membuatkan Norman hampir berputus-asa untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan. Kini Norman terfikir pula untuk menolong ibunya di bengkel kereta. Adakah Norman nekad dengan keputusannya?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telefilem Superstra (TV9)"

Catat Ulasan