Drama 3 Dara Pelamin 1 (TV1) - senarai drama adaptasi novel

Drama 3 Dara Pelamin 1 (TV1)


Drama bersiri 3 Dara Pelamin 1 disiarkan di slot Bidadari saluran TV1. Menampilkan pelakon seperti Kilafairy, Ammar Asyraf, Erin Malek, Kay Khaydir, Putri Chichi dan Azam Pitt. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi.

JUDUL : 3 Dara Pelamin 1 
EPISOD : 13 episod
TARIKH : Mulai 2 Disember
SIARAN : Slot Bidadari TV1 (RTM)
PELAKON : Kilafairy, Ammar Asyraf, Erin Malek, Kay Khaydir, Putri Chichi dan Azam Pitt, Ku Fridah Ku Shafie, Hamidah Wahab, Aripah Damanhuri dan Muhammad Shafris

SINOPSIS 3 DARA PELAMIN 1

Kisah tiga dara di alam dewasa mengharungi suka duka dalam kehidupan, kerjaya, keluarga dan cinta hingga akhirnya menzahirkan kejayaan yang cemerlang. Mereka bertiga mempunyai rancangan kerjaya namun terikat kerana Suhaila dikehendaki menjaga syarikat keluarga dan mengambil alih tempat Syafik, Suhana pula diberi dana untuk menjalankan sebuah perniagaan syarikat penerbitan manakala Suhani pula dilihat lebih suka menjalankan aktiviti perniagaan sendiri dan melibatkan perkongsian bersama seorang rakan bernama Adila.

Kerana ingin belajar erti hidup dan berdikari, Suhaila, Suhana dan Suhani bercadang untuk tinggal di rumah berasingan dengan tiga nenek mereka. 
Di alam perniagaan, hubungan di antara Suhaila dengan Johan dilihat renggang kerana hasutan dari Datuk Jalil yang mengumpan Sofea sebagai penghasut demi mencapai cita-citanya untuk merampas syarikat Syafik, Suhana pula terjumpa semula Remy yang kini menjadi pesaing perniagaannya manakala Suhani berhadap dengan sikap Adila yang mahu membeli syer Suhani untuk memilik secara total perniagaan kafe mereka.

Mengenai hubungan cinta pula, Suhaila yang bersahabat dengan Azrai, Suhana dengan Hakimi dan Suhani pula dengan Fitri masih berterusan tetapi masih masing-masing belum meluahkan perasaan cinta kecuali Suhani yang dilihat rapat dengan Fitri. Pertemuan kali pertama setelah tamat belajar memutikan bait-bait cinta di hati mereka berenam tetapi berhadapan dengan krisis dan dugaan sebelum mereka bertiga sama-sama naik pelamin dalam usia yang muda.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama 3 Dara Pelamin 1 (TV1)"

Catat Ulasan