Drama Asam Pedas Untuk Dia (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Asam Pedas Untuk Dia (TV3)


Satu lagi drama adaptasi daripada novel bertajuk 'Asam Pedas Untuk Dia' karya Nureen Mirza. Drama arahan Feroz Kader ini mengadingkan dua pasangan baru iaitu Syukri Yahya dan Dayana Roza sebagai pelakon utama. Drama Asam Pedas Untuk Dia akan disiarkan mulai 10 Januari 2015,  setiap Sabtu dan Ahad jam 7.00 malam di slot baharu TV3 iaitu slot Dahlia.

JUDUL : ASAM PEDAS UNTUK DIA
EPISOD : 24 episod
TARIKH : 10 Januari 2015 (Sabtu & Ahad - 7 pm)
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENGARAH : Feroz Kader
PENULIS NOVEL : Nureen Mirza
TERBITAN : Frontrow Pictures
PELAKON : Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana, Juli Farhana Marin, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman

WATAK DAN PELAKON
   
Dayana Roza sebagai Ainin Sofiya
Shukri Yahaya sebagai Ziyad
Adella Aryana sebagai Farhana
Juli Farhana Marin sebagai Syafinaz



SINOPSIS NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya 

GAMBAR PELAKON ASAM PEDAS UNTUK DIA
















Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Asam Pedas Untuk Dia (TV3)"

Catat Ulasan