Drama Dia Isteri Luar Biasa (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Dia Isteri Luar Biasa (TV3)

Drama Dia Isteri Luar Biasa (TV3)

Sekali lagi novel karya Umie Nadzimah akan menghiasi slot Akasia TV3 dengan drama berjudul 'Dia Isteri Luar Biasa'. Sebelum ini karya beliau pernah muncul di slot Akasia melalui drama bersiri 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'. Pelakon utamanya belum diketahui, walaupun ada yang mengatakan gandingan antara Nur Fathia dan Nazim Othman. 




JUDUL : DIA ISTERI LUAR BIASA
EPISOD : - 
TARIKH : 2015
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Umie Nadzimah
PENGARAH : -
TERBITAN : -
PELAKON : -

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Dia Isteri Luar Biasa (TV3)"

Catat Ulasan