Drama Nasuha (TV9) - senarai drama adaptasi novel

Drama Nasuha (TV9)


Nantikan drama terbaharu menghiasi slot Ratu di TV9 bertajuk NASUHA. Sebuah kisah cinta seorang gadis buta. Lakonan Tasha Shilla, Shah Iskandar dan Fattah Amin. Drama terbitan Zeel Production ini, dibawah arahan Shuhaimi Lua Abdullah, garapan skrip oleh Syed Mohd Taufik Syed Abdul Jalil. Drama ini akan bersiaran setiap hari Selasa & Rabu di TV9 pada jam 8.30 malam mulai 10 Februari 2015. 

JUDUL : NASUHA
EPISOD : 14 episod
TARIKH : 10 Februari 2015 (Selasa & Rabu - 8.30 malam)
SIARAN : Slot Ratu TV9 
PENULIS : Syed Mohamad Taufik 
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah Syed Abdul Jalil
SKRIP : Syed Mohd Taufik Syed Abdul Jalil
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Tasha Shilla, Fattah Amin, Shah Iskandar, Jasmin Hamid, Miera Liyana dan Faye Khusairi, Ammar Alfian Aziz, Azhan Rani, Amyza Adnan, Fendi Seman serta Roy Azman

WATAK PELAKON

Tasha Shilla sebagai Nasuha
Fattah Amin sebagai Irfan
Shah Iskandar sebagai Zahid
Miera Leyana sebagai Marina
Jasmin Hamid sebagai Baidura
Faye Kusairi sebagai Yani
Roy Azman sebagai Imran

LAGU TEMA / OST
- Terbaik Bagimu oleh Dato Siti Nurhaliza
- Terhakis oleh Aweera

SINOPSIS DRAMA NASUHA

Mengisahkan persahabatan akrab Nasuha dan juga Zahid. Hidup di dalam keluarga yang miskin banyak mengajarkan Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Dan kerana itu juga, dirinya banyak dibantu oleh Zahid sejak kecil lagi. Sehinggalah satu insiden tragis yang meragut penglihatannya. Kerana keadaan keluarganya yang daif, Nasuha tidak mampu dirawat dan terpaksa menerima ketentuan dia akan menjadi buta dan tidak lagi dapat melihat keindahan dunia. Dalam meningkat remaja, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha sudah menjadikan dia sempurna di mata Zahid.

Namun persahabatan mereka tidak kekal lama. Kerana hutang bapanya yang tidak berbayar, Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gengster .Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya ‘mati’ dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah. Kehilangan Zahid benar-benar memberi tamparan kepada Nasuha. Namun, kemunculan Irfan membuka hatinya tentang cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Kerana cinta yang tidak berbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan, Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha.

Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Apakah segala rahsia ini akan terbongkar? Apakah Nasuha mengecap bahagia dalam hidupnya?

GAMBAR PELAKON














Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Nasuha (TV9)"

Catat Ulasan