Telemovie Jeritan Batinku - senarai drama adaptasi novel

Telemovie Jeritan Batinku

Telemovie Jeritan Batinku


Slot Tribute P.Ramlee diteruskan dengan telemovie bertajuk 'Jeritan Batinku' yang merupakan judul lagu gubahan P.Ramlee sendiri. Drama arahan Micheal Ang ini menampilkan Amar Asyraf dan Erin Malik sebagai pelakon utama. Saksian telemovie ini  akan disiarkan pada 14 Disember 2014 di TV1

JUDUL : JERITAN BATINKU
TARIKH : 14 Disember 2014 
SIARAN : Slot Tribute P.Ramlee TV1 (RTM) 
PENGARAH : Micheal Ang
TERBITAN : Suhan Movies Trading Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf dan Erin Malik

SINOPSIS JERITAN BATINKU

Mengisahkan tentang Remy (Amar Asyraf) seorang remaja berumur 21 tahun yang bermasalah. Kedegilannya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, sehingga ayahnya, Datuk Hassan dan ibunya Datin Mariam tidak tahu lagi bagaimana cara ingin mendidik Remy. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menghantar Remy ke rumah datuknya, Kassim yang buta di Melaka. Remy membantah dengan keras tetapi terpaksa mengalah apabila ayahnya menggertak untuk mengambil semua kesenangannya. Kassim merupakan seorang yang pendiam dan hidup secara sederhana di Melaka.

Jasmin (Erin Malik) seorang remaja berumur 20 tahun. Walaupun Jasmin datang dari sebuah keluarga yang berada di Melaka tetapi dia selalu menunjukkan dia seorang yang miskin. Jasmin tinggal bersama-sama neneknya, Sabariah yang merupakan seorang yang kaya raya di Melaka. Walaupun kaya Sabariah, cuma mengguna sebuah beca untuk bergerak di Melaka.

Setiap hari, Jasmin akan selalu menolong seorang lelaki buta, Kassim yang bermain saxophone di hadapan Christ Church, tempat kunjungan ramai pelancong. Pada satu hari satu perselisihan faham berlaku apabila Jasmin yang sedang menolong Kassim disangka cuba menipu Kassim oleh cucunya Remy yang baru tiba dari Kuala Lumpur. Bermula dari pertemuan itu, Jasmin dan Remy selalu bertengkar dan tak sebulu walaupun pada hakikatnya mereka saling suka-menyukai. Perangai mereka yang suka melawan lama-lama berubah dan perubahan ini dapat dirasai oleh Kassim dan Sabariah.

Semuanya berubah pada satu hari apabila pertengkaran antara Jasmin dan Remy berakhir dengan Jasmin dimasukkan ke hospital. Di hospital Sabariah mendapat tahu tentang perhubungan antara Jasmin dan Remy. Sabariah menentang perhubungan tersebut dan tidak membenarkan Jasmin berjumpa lagi dengan Remy. Oleh kerana tidak dapat melawan perasaan, Remy berjanji untuk bertemu dengan Jasmin sekali lagi. Namun Jasmin tidak muncul-muncul. Remy diberitahu yang Jasmin terlantar di hospital. Ketika Remy ingin keluar dari rumahnya, dia diserang barah otak dan dimasukkan ke hospital selama 6 bulan.

Rupa-rupanya Jasmin masih hidup lagi. Akhirnya mereka berdua dapat bertemu dan segala rahsia terlerai. Setelah pertemuan mereka di hospital tersebut akhirnya keluarga mereka reda dengan kekukuhan cinta mereka berdua. Mereka dibenarkan bernikah. Di masjid, Remy dan Jasmin dinikahkan walaupun dalam keadaan mereka tenat. Lalu bagimanakah kesudahannya?



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telemovie Jeritan Batinku"

Catat Ulasan