Drama Mr. London Ms. Langkawi


Nantikan drama adaptasi novel Mr London Ms Langkawi karya hebat Herna Diana. Menampilkan gandingan hebat lakonan Zul Ariffin dan Izara Aisyah sebagai peneraju utama. Dibantu oleh Amar Baharin, Nur Zahirah ,Wan Wala, Yaya Zahir dan ramai lagi. Drama ini dibawah arahan Nizam Zakaria terbitan Global Station. Akan disiarkan di saluran Astro tidak lama lagi.

JUDUL : MR. LONDON MS. LANGKAWI
EPISOD : -
TARIKH : 2015
SIARAN : Astro
NOVELIS : Herna Diana
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Nur Zahirah ,Wan Wala, Yaya Zahir, Shah Rezza, Watie Sadali, Lizza Abdullah, Kismah Johar

WATAK PELAKON

Zul Ariffin sebagai Aidid
Izara Aisyah sebagai Liyana
Amar Baharin sebagai Ijam
Nur Zahirah sebagai Milah
Wan Wala sebagai Usin Jingga
Yaya Zahir sebagai Adira
Shah Rezza sebagai Encik Azman
Watie Sadali sebagai Sabariah
Lizza Abdullah sebagai Puan Mariam
Kismah Johar sebagai Hajah Kamariah


SINOPSIS NOVEL MR. LONDON MS. LANGKAWI

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya. Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?

Nurul Liyana - Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. 

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

GAMBAR PELAKON






















Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Mr. London Ms. Langkawi"

Catat Ulasan