Filem Suamiku Encik Perfect 10 - senarai drama adaptasi novel

Filem Suamiku Encik Perfect 10



TAJUK : SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 
Tarikh Tayangan : 22 Januari 2015 
Genre : Romantik
Pengarah : Mohammed Feroz Abdul Kader
Pelakon : Aaron Aziz, Lisa Surihani, Raja Ilya
Terbitan : Astro Shaw Sdn. Bhd / Global Station Sdn. Bhd
Trailer : http://youtu.be/IN-vRI29jZ0

VIDEO TRAILER


WATAK PELAKON

Aaron Aziz sbg Zarief Danial
Lisa Surihani sbg Aleeya Azmeen
Syazwan Zulkifli sbg Syed Muzaffar
Raja Ilya sbg Azura Hanim
Normah Damanhuri sbg Tok Zaharah
Jehan Miskin sbg Akram
Jasmin Hamid sbg Puan Yazmeen
Abdul Manan sbg Syed Mustaffa
Zarynn Min sbg Kayra
Abdullah Helmy sbg Yazid
Mak Wan sbg Maryam
Tunku Hanis sbg Nasmina
Aznah Hamid sbg Datin Hanis
Shaharuddin Thamby sbg Dato’ Arshad
Hashimah Zaki sbg Sharifah Haslina
Shafiz Sumari sbg Hussin


SINOPSIS SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 

Satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.

Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Filem Suamiku Encik Perfect 10"

Catat Ulasan