Telemovie Kontrak Cinta (TV2) - senarai drama adaptasi novel

Telemovie Kontrak Cinta (TV2)


Saksikan telemovie Kontrak Cinta yang menampilkan gadingakan hebat Azlee Khairi dan Zara Zya. Akan disiarkan pada 9 Januari ini, pukul 2.00 petang di TV2.

JUDUL : KONTRAK CINTA
TARIKH : 9 Januari 2015 (2.00pm)
SIARAN : Pilihan Jumaat di TV2 (RTM)
PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Sharifah Sahora, Azhar Sulaiman, Syatilla Melvin

WATAK PELAKON

Zara Zya sebagai Shahira
Azlee Khairi sebagai Safwan
Sharifah Sahora sebagai Datin Roslin
Azhar Sulaiman sebagai Dato’ Azfar
Syatilla Melvin sebagai Fathia

SINOPSIS KONTRAK CINTA

Ia mengisahkan Shahira (Zara Zya) menyimpan peristiwa hitam pada masa lampau. Dia memutuskan menjadi seorang gadis penyiasat persendirian profesional. Namun siasatannya tertumpu kepada lelaki yang curang terhadap isteri.

Kisah bermula apbila Shahira menerima tawaran diberikan Datin Roslin (Sharifah Sahora) untuk memerangkap suaminya, Dato’ Azfar (Azhar Sulaiman) supaya menjalinkan hubungan sulit sekaligus mengugut lelaki itu dengan nilai 1juta ringgit. Akhirnya Shahira berjaya memerangkap Dato’ Azfar.

Satu hari Datin Roslin terserempak dengan kenalan lama, Fathia (Syatilla Melvin). Fathia meminta supaya Datin Roslin memperkenalkannya dengan penyiasat persendirian. Oleh itu, Shahira diupah oleh Fathia mengintip pergerakkan suaminya, Safwan (Azlee Khairi). Sejak itu Shahira mula mengatur langkah untuk menggoda Safwan.

Dalam diam rupanya Fathia miliki konspirasi jahat dengan kekasih gelapnya, Dato’ Azfar yang juga rakan kongsi dalam syarikat arwah ayah Safwan. Mereka mahu membolot tanah milik syarikat tersebut dan pada masa sama mahu membunuh Safwan.

Shahira pula yang semakin mengenali Safwan mula berubah tanggapan tentang lelaki itu. Ketika itu dia mula curiga dengan Fathia apatahlagi bila mengetahui perempuan itu menjalin hubungan sulit dengan Dato’ Azfar. Saksikan bagaimanakah kesudahannya?

GAMBAR PELAKON




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telemovie Kontrak Cinta (TV2)"

Catat Ulasan