Anne masih minat berlakon - senarai drama adaptasi novel

Anne masih minat berlakon

Anne masih minat berlakon

Kata Anne atau Ngasriah Ngasri, sejak usia tiga tahun dia sudah menceburi bidang seni dan hingga kini cinta dan minatnya tidak pernah padam.

Status isteri dan ibu kepada empat anak bukan alasan bagi Datin Anne Ngasri, 32, untuk duduk diam. Sungguhpun sibuk menguruskan anaknya, setiap tahun dia akan muncul dalam beberapa drama walau hanya sekadar watak sampingan.

“Saya hanya ingin fokus menjalankan tanggungkawab sebagai Ketua Puteri UMNO dan sesekali muncul di televisyen menerusi drama.

“Ada banyak aktiviti yang dijalankan dan memerlukan saya turun padang. Selaku Ketua Puteri UMNO, saya ada tanggungjawab besar untuk mengemudi serta melaksanakan segala aktiviti yang dibincangkan. Antaranya membantu golongan memerlukan,” katanya.

Kata Anne, dia selesa dan gembira dapat membantu golongan memerlukan kerana dapat bertemu mereka dan mendengar masalah yang mereka hadapi.

Dia juga gembira apabila namanya turut dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) yang berlangsung awal September lalu.

Katanya, ia menjadi kenangan manis buatnya walaupun sekadar dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui filem Love Supermoon.

“Sehingga kini, saya masih tidak percaya dicalonkan antara lima terbaik dalam kategori itu. Maklumlah selepas 10 tahun bergiat dalam dunia seni, saya tidak pernah dicalonkan dalam mana-mana kategori anugerah di Malaysia.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anne masih minat berlakon"

Catat Ulasan