Drama 7 Hari Mencintaiku - senarai drama adaptasi novel

Drama 7 Hari Mencintaiku

Drama 7 Hari Mencintaiku 

Drama terbaru adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku karya tulisan Siti Rosmizah yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Mengandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama. Drama bersiri 28 episode tersebut mendapat sentuhan sutradara terkenal yaitu oleh Jamal Khan dibawah penerbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Nantikan tayangannya bermula 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukl 6.58 petang di TV3.

JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod
TARIKH TAYANGAN : 7 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
KARYA ASAL : Siti Rosmizah Semail
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Ungku Hariz, Bil Azali, Zulkifli Ismail, Zila Bakarin, Zarynn Min, Anne Abdullah, Idris Md Diah, Lia Natalia, Liza Abdullah, Rosnah Johari, Aman Graseka, Shaharuddin Thamby, Ariff, Mak Wan Latah, Fikhree Bakar, Faye Kusairi, Megat, Jaja Iliyes DFKL, Ira Ghani,


Sinopsis drama


Drama 7 Hari Mencintaiku mengisahkan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya yang dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha. Cinta pandang pertamanya menjadikan dia seorang perindu yang setia. 

Namun kerana sifat angkuh dan sombong gadis itu menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. 

Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. 

Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? 

Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?


WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Wan Sharmila sebagai Sofi
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Ungku Hariz sebagai Khalil
Bil Azali sebagai Di
Ariff sebagai Buntat
Zulkifli Ismail sebagai Datuk Megat Idrus
Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
Zila Bakarin sebagai Datin Hayati
Zarynn Min sebagai Nurul Ain
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Idris Md Diah sebagai Pak Andak 
Lia Natalia sebagai Zurita
Liza abdullah sebagai Mak leha
Rosnah Johari sebagai Roziah
Fikhree Bakar sebagai Dr. Zaidi
Faye Kusairi sebagai Syakilla
Megat sebagau Jali
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Ira Ghani sebagai Datin Maria 

LAGU TEMA / OST 7 HARI MENCINTAIKU

Tajuk : Lelaki Teragung 
Penyanyi : Dayang Nurfaizah 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama 7 Hari Mencintaiku "

Catat Ulasan