upin ipin jeng jeng jeng 2016 full movie - senarai drama adaptasi novel

upin ipin jeng jeng jeng 2016 full movie

upin ipin jeng jeng jeng 2016 full movie

upin ipin jeng jeng jeng 2016 full movie merupakan karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan hidup. Projek menelan belanja RM4 juta itu diterbitkan secara usaha sama antara Les Copaque Production dan KRU Studio. Filem arahan Erma Fatima dan Ainon Ariff itu menampilkan Asyiela Putri (suara asal Upin & Ipin) bersama Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis. Turut membintangi naskhah berkenaan ialah Awie (Wings), Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak. Saksikan filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 24 November 2016.
film upin ipin jeng jeng jeng, upin ipin jeng jeng jeng 2015 full movie, upin ipin jeng jeng jeng full movie online, upin ipin jeng jeng jeng download, upin ipin jeng jeng jeng di pawagam, upin ipin jeng jeng jeng 2016 full movie, upin ipin jeng jeng jeng the movie, upin ipin jeng jeng jeng trailer

TAJUK : UPIN & IPIN JENG, JENG, JENG!
TARIKH TAYANGAN : 24 November 2016 
GENRE : Animasi / Pengembaraan
PENGARAH : Erma Fatima & Ainon Ariff 
PELAKON : Asyiela Putri, Puteri Balqis, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah, Remy Ishak 

SINOPSIS upin ipin jeng jeng jeng 2016 full movie

Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Balqis kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin dan Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Aqish saja nampak Upin dan Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

Upin & Ipin mendapat idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim dengan memujuk Awie untuk melakukan konsert amal. Awie bersetuju untuk membuat konsert amal, Balqis kerana terlalu teruja telah membuat pengumuman bahawa Upin & Ipin akan turut bersama dalam konsert tersebut. Ini mendatangkan panik kepada Awie dan Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang tidak wujud. Namun, pada konsert tersebut, Upin dan Ipin muncul dan membuat persembahan hebat hingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan Upin & Ipin.

Balqis bukan sahaja berjaya menyelamatkan rumah anak yatim tempat tinggalnya malah mendapat keluarga baru apabila Noreen berkahwin dengan Zaman. Awie telah menandatangi kontrak dengan syarikat ternama dan namanya juga semakin meningkat naik seperti zaman kegemilangannya. Upin & Ipin terpaksa pergi bagi menggembirakan kanak-kanak lain, dengan berat hati Balqis melepaskan Upin & Ipin pergi.

WATAK PELAKON

ASYIELA PUTRI pelakon Suara Upin & Ipin
Asyiela Putri merupakan pelakon suara bagi watak animasi popular, Upin & Ipin. Asyiela Putri telah menyumbangkan suara emasnya untuk kedua-dua watak kembar comel ini hampir 7 tahun.

PUTERI BALQISH sebagai Aqish
Seorang anak yatim yang periang dan merupakan peminat tegar Upin & Ipin sehinggakan beliau dapat melihat Upin & Ipin setiap kali menyebut “ Jeng, Jeng, Jeng!”

AWIE sebagai AWIE
Merupakan penyanyi rock yang sudah tidak popular lagi. Bagi menaikkan kembali namanya di persada seni, beliau  secara tidak sengaja terlibat dengan perancangan Aqish, Upin dan Ipin.

SARA ALI sebagai NOREEN
Noreen seorang yang penyayang namun beliau amat cepat berputus asa apabila ditimpa masalah. Beliau juga merupakan penjaga rumah anak yatim yang menempatkan Aqish dan kawan-kawan yang lain.

REMY ISHAK sebagai BO
Merupakan kawan baik Awie sejak kecil lagi. Beliau seorang yang kelakar dan sentiasa berada bersama-sama Awie di mana sahaja dan menyokong segala yang dilakukan oleh Awie.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "upin ipin jeng jeng jeng 2016 full movie"

Catat Ulasan