Wonder Woman Movie 2017 full

Wonder Woman Movie 2017 Full


Filem ini akan diarahkan oleh Patty Jenkins, Barisan pelakon adalah Gal Gadot sebagai Puteri Diana aka Wonder Women, Chris Pine sebagai Steve Trevor, Robin Wright sebagai General Antiope, Connie Nielsen sebagai Queen Hippolyta dan Lucy Davis sebagai Etta Candy.

 Dari trailer, kita boleh saksikan kebolehan dan kehebatan Wonder Women. Memang terbaik! 

Permulaan trailer menunjukkan yang Puteri Diana menemui sorang lelaki bernama Steve Trevor, seorang juruterbang untuk US Air Force yang pengsan di tepi pantai sebuah pulau - kemungkinan besar kapal yang dipandu terhempas. Kemudian, kita di bawa ke satu dunia berbeza di mana mereka semua adalah wanita - tak silap kat amazon. Di sini, Puteri Diana perlu mendapatkan kebenaran untuk mengikut Trevor ke dunia luar.

Selepas itu, kita di bawa ke dunia luar di mana Peperangan sedang berlaku iaitu Perang Dunia Pertama (WWI). Di sini bermula lah epik kehebatan Wonder Woman, bermula dengan aksi menahan terjahan peluru menggunakan pelindung (baca: shield), melempar seorang lelaki yang bersaiz besar dengan selamba, belasah pihak musuh menggunakan lasso emas (lasso of truth!) dan bahagian terbaik dalam trailer di mana Wonder Women berlawan di dalam bilik yang dipenuhi musuh . Itu sangat epik! 

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Wonder Woman Movie 2017 full

0 comments:

Catat Ulasan