Drama Gantung adaptasi dari novel popular karya Nadia Khan

Drama Gantung adaptasi dari novel popular karya Nadia Khan-Drama Gantung yang diadaptasi dari novel popular karya Nadia Khan akan ditayangkan di Astro pada awal tahun hadapan. Pengasas Red Communication Lina Tan, 47.


Pelakon Drama Gantung

Barisan pelakon yang membintangi drama lapan episode itu:
Randy Pagalila - Gibbs
Hafreez Adam - Troll
Ikmal Amry - Ray
Gita Sucia -
Brandon Salim
Mentari De Marelle

“Tapi Gantung sebenarnya lebih kepada drama seram bukan berahi.

“Ia mengisahkan tentang empat orang pelajar lelaki yang nakal di sebuah kolej dan gemar bertukar-tukar pasangan wanita.

“Kalau nak tahu intipati drama ini, kena tunggulah di siarkan di Astro tidak lama lagi.

“Apa yang saya boleh komen, Gantung adalah drama seram yang berbeza dengan drama-drama lain,” kata Lina ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Saluran Baru Boo Astro di ibu negara baru-baru ini.

“Untuk mencari pelakon Indonesia saya telah menjalani sesi uji bakat di sana dan sambutannya amat luar biasa.

“Mereka yang hadir begitu komited untuk membintangi drama ini dan akhirnya saya berjaya menjumpai pelakon yang sesuai, saya harap drama ini menjadi kegemaran nanti,” katanya.

Antara drama terbitan Red Communications yang popular ialah Oh My English, Siri Gol dan Gincu dan Impian Ilyana.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Drama Gantung adaptasi dari novel popular karya Nadia Khan

0 comments:

Catat Ulasan