Drama Tukar Tukar Menu Izreen Azminda TV3 - senarai drama adaptasi novel

Drama Tukar Tukar Menu Izreen Azminda TV3

Drama Tukar Tukar Menu Izreen Azminda TV3

Drama bersiri Tukar Tukar Menu yang akan bersiaran 16 episode ini diterbitankan Jutaan Ringgit Sdn Bhd dan di arahkan pengarah Rusdi Ramli. 


“Rumitnya mengarah drama ini adalah resipi yang diketengahkan dalam alur cerita. Kebanyakan resipi itu bukan resipi biasa sebaliknya lebih kepada masakan tradisional. Jadi, ada resipi yang memang susah nak mencari bahannya tidak seperti yang ada.

“Pada masa sama saya tak boleh menipu penonton dengan meletakkan bahan lain. Nak tak nak saya kena mengarahkan kru untuk mencari juga bahan. Kalau betul tak ada, baru saya berbincang dengan penulis skrip untuk menukar resipi,” katanya.

Rusdi berkata, jalan cerita drama ini begitu unik kerana resipi yang dipaparkan adalah resipi turun-temurun Mak Ati lakonan Norlia Ghani.

Pada masa sama, sebahagian resipi lain diberikan penduduk kampung yang menjadi cabaran buat Khatijah lakonan Izreen Azminda untuk menyediakan masakan itu.

“Memandangkan drama ini akan ditayangkan Ramadan ini, ia memang sesuai buat penonton. Sambil menonton mereka juga mendapat idea dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

“Setiap resipi yang disediakan dipaparkan bahan dan cara penyediaan. Penonton boleh mengambil terus dari situ. Menariknya juga, jalan cerita ini tak memaparkan babak makan pada waktu siang bagi menghormati Ramadan,” katanya.

Pada masa sama, drama ini tetap menyelitkan konflik sepanjang jalan cerita membabitkan Mak Ati, Khatijah dan Cef Shak lakonan Cef Fikree.

Drama yang menjalani penggambaran di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor ini mengisahkan Khatijah atau Cat (Izreen Azminda) terpaksa pulang ke kampung bagi menjaga ibunya Mak Ati (Norlia Ghani) yang diserang angin ahmar.

Di kampung Cat terjumpa semula bekas kekasihnya iaitu Cef Shak (Cef Fikree). Ketika itu masing-masing dengan status janda dan duda anak satu.

see more di kbergetar

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Tukar Tukar Menu Izreen Azminda TV3"

Catat Ulasan