Kerana Anisa (2017) - senarai drama adaptasi novel

Kerana Anisa (2017)

Kerana Anisa (2017)

Drama melayu terbaru arahan Jamal Khan berjudul Kerana Anisa. Menampilkan gandingan pelakon Zara Zya, Mustaqim Bahadon dan Fahrin Ahmad. Terbitan Enuja Production Sdn Bhd.

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 9 Januari 2017, Isnin - Rabu 10 malam
Jumlah Episod: 15
Status: Tamat

SINOPSIS DRAMA KERANA ANISA

Diceritakan bahwa Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung halamannya. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.

Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerana Anisa (2017)"

Catat Ulasan