Peah Singa Lakonan Miera Liyana Dan Izzue Islam - senarai drama adaptasi novel

Peah Singa Lakonan Miera Liyana Dan Izzue Islam

Peah Singa Lakonan Miera Liyana Dan Izzue Islam

 Telemovie bertajuk Peah Singa. Telemovie terbitan 2606 Skyline Pictures dan diarahan oleh Zamri Zakaria.

Daftar Pelakon Peah Singa

Izzue Islam, Miera Liyana, Zahra Ahmad, Suraya Ghani, Aren Yunus, Aman Graseka, Mohd Shahremy Ikmal

Sinopsis telemovie Peah Singa

Diceritakan Peah (34), anak dara tua di sebuah kampung. Peah tinggal dengan adiknya, Azlin (19). Azlin tidak bekerja dan hanya duduk di rumah sahaja. Peah seorang yang garang dan suka membebel dan memarahi siapa sahaja di kampungnya.

Peah menjadi garang setelah didik dengan tegas oleh Pak Ngahnya yang kini telah tinggal di luar negeri. Peah menjadi garang di kampung kerana marah dengan tindakan orang kampung yang pernah menghina keluarganya sehinggakan arwah ayah dan emaknya makan hati dengan tindakan mereka.
Dulunya, kedua ibu bapanya lemah selalu beri muka pada orang kampung sehinggakan ramai yang ambil kesempatan pada keluarganya seperti pinjam duit tidak bayar, ambil kesemapatan dengan tuduh keluarganya macam-macam sehinggakan ada yang memfitnah keluarganya sesuka hati. Melihatkan peristiwa itulah, Peah berubah menjadi tegas dan tidak mahu dia dan adiknya dipijak-pijak lagi oleh orang kampungnya.    

Telemovie Peah Singa telah bersiaran di TV9 pada Isnin lepas jam 8.30 malam.




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peah Singa Lakonan Miera Liyana Dan Izzue Islam"

Catat Ulasan