Telefilem Lara Intan Di Hati Laila

Telefilem Lara Intan Di Hati Laila

Telefilem ini  mengisahkan Laila, seorang wanita yang kuat bekerja di ibu kota untuk mencari rezeki buat menyara ibu bapa dan adik di kampung halamannya.


Dia (laila) juga tidak memikirkan hal sendiri termasuk jodoh kerana mengutamakan keluarganya di kampung halaman. Walaupun Laila ada kelulusan dan berbakat sebagai pelukis, dia terpaksa mengetepikan semuanya bagi mendapat kerja yang boleh memberikan pendapatan segera buatnya.

Dikisahkan Bapanya laila , Hadi mengalami masalah paru-paru dan osteoporosis serta perlu dijaga rapi oleh ibu dan adiknya.

Ibunya, Asmah pula menghidap semput dan tidak boleh melakukan kerja terlalu lasak serta perlu makan obat yang memerlukan kos tertentu.

Ini menambahkan beban buat Laila yang sentiasa pulang menjenguk keluarganya dan membeli ubat. Dia juga gigih membantu persekolahan adik-adiknya.

Pada masa sama, ibu saudaranya meminta Laila menjaga anaknya, Intan yang mahu bekerja di Kuala Lumpur.

Ini sekaligus menambahkan lagi tanggung jawab dipikulnya dengan keadaannya yang hidup sederhana.
nantikan Telefilem Lara Intan di hati laila bila suka like dan share


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Telefilem Lara Intan Di Hati Laila

0 comments:

Catat Ulasan