Selasa, 4 April 2017

Hisyam Hamid dan Mawar Rashid di Telemovie M4TI (Mati)

Posted by on Selasa, 4 April 2017

Hisyam Hamid dan Mawar Rashid di Telemovie M4TI (Mati)

Telemovie M4TI (Mati) terbitan Cube Film yang diarahkan oleh pengarah Hadith Omar. Menampilkan gandingan Hisyam Hamid dan Mawar Rashid sebagai pelakon utama di telemovie ini.

Asyik melakonkan watak stereotaip terutama hero romantik membuatkan Hisyam Hamid, 31, tidak berfikir panjang menerima tawaran membintangi telefilem Mati yang menampilkan sisi lakonan berbeda.

Sinopsis Telemovie Mati (M4TI)
Dikisahkan  Rahim adalah suami kepada Mawar yang dirogol sehingga mati. “Rahim kemudian mencari pembunuh isterinya yang dicintainya untuk membalaskan dendam. Namun, pada masa saya, Rahim ada sisi hitam,” katanya yang bakal berganding dengan bintang baharu, Mawar Rashid dalam telefilem berkenaan.

Hisyam menambahkan, dalam kisah mendebarkan itu, watak Rahim digambarkan sebagai pembuat batu nisan yang mempunyai panca indera 6 dan boleh mendapatkan petanda kematian orang lain dalam mimpinya.

“Saya baru selesai menjalani penggambaran Mati. Biarpun Mawar jauh lebih muda, namun keserasian melakonkan watak suami isteri tidak susah.

“Alhamdulillah, saya tidak mengalami gangguan mistik sepanjang penggambaran walaupun sering berada di lokasi pada sebelah malam. Ini pengalaman baharu untuk saya,” katanya.

Saksikan nanti telemovie M4TI (Mati) yang akan disiarkan di saluran Astro Citra dan Mustika HD.
logoblog

» Thanks for reading: Hisyam Hamid dan Mawar Rashid di Telemovie M4TI (Mati)