Drama baru berjudul Budak Ijat - senarai drama adaptasi novel

Drama baru berjudul Budak Ijat

Drama baru berjudul Budak Ijat

Drama terbaru di Slot Iris, Budak Ijat yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Terbitan syarikat Radius One Sdn Bhd dan diarahkan Shahrulezad Mohameddin. Bersiaran 22 episod bermula hari ini 17/5/2017.
Drama terbaru yang berjudul budak ijat lakonan Adam Mika dan Amy Mastura di Slot Iris, Budak Ijat yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Terbitan syarikat Radius One Sdn Bhd dan diarahkan Shahrulezad Mohameddin. Bersiaran 22 episod bermula hari ini 17/5/2017.


Pelakon Drama Budak Ijat

Nik Adam Mika
Amy Mastura
Azhan Rani
Zaidi Omar
Noryati Taib
Ieda Moin
Eyra Hazali
Elmy Moin
Farzana Latiff
Akhbar Latefi

Sinopsis Budak Ijat

Drama Budak Ijat, Usin dan Nabiha tolong Mak Der yang baru pindah rumah. Mak Der baru kematian suami dan pindah ke rumah wasiat milik ayahnya dulu. Antena TV Mak Der rosak dan Budak Ijat tawar diri untuk bantu.

Sebab takde tangga, Budak Ijat dapat ide yang bagus dan panjat pokok mangga Tok Mat untuk capai antena tv rumah Mak Der. Ketika sedang panjat, Tok Mat keluar rumah dan marahi Budak Ijat. Tok Mat tuduh Budak Ijat nak curi mangganya dan Mak Der pun pertahankan Budak Ijat.

Mak Der bertekak dengan Tok Mat tetapi Tok Mat masih tak percaya dan suruh Budak Ijat turun dari pokok. Manakala di pejabat, Razak sedang sibuk kerja dan Hamid datang minta duit untuk baiki lori syarikat.

Razak yang terlalu sibuk terpaksa berikan kunci peti petty cash pada Hamid dan Hamid ambil kesempatan untuk curi duit dari peti petty cash itu. Tok Mat cuak bila fikirkan keselamatan buah mangganya. Lalu dia tanda setiap buah mangga itu dengan namanya agar tiada siapa boleh curi.

Budak Ijat Lalu berikan buah mangga itu kepada Tok Imam yang menyangka buah mangga itu ayah Budak Ijat yang beli. Selepas solat terawih, Tok Imam jamu orang-orang surau dengan makanan ringan dan buah mangga dari Budak Ijat.

Tok Imam puji Budak Ijat di hadapan orang kampung manakala Tok Mat pula terkejut bila tengok buah mangga dia ada di situ. Keadaan jadi kecoh apabila Tok Imam dapat tahu yang buah mangga itu adalah milik Tok Mat yang diambil tanpa izin yang punya.

Maka Tok Imam berleter panjang soal halal haram yang boleh membawa ke neraka. Budak Ijat terkejut dan rasa amat bersalah. Keesokan hari, Ramadan pertama. Joyah beriya-iya suruh Fatimah beli beg tangan baru yang diimport langsung dari London.

Joyah bodek Fatimah yang kononnya dia akan lagi lawa dan bergaya dengan beg tangan itu nanti. Termakan dengan kata-kata puji. Fatimah sudi beli beg tangan itu walaupun tiada duit. Fatimah turut muat naik status di FaceBook tentang beg tangan barunya yang bakal dia gayakan Hari Raya nanti.

Saksikan drama Budak Ijat ini setiap hari Isnin

 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama baru berjudul Budak Ijat"

Catat Ulasan