Drama Di Sebalik Wajah - senarai drama adaptasi novel

Drama Di Sebalik Wajah

Drama Di Sebalik Wajah

Drama bersiri yang bertajuk ‘Di Sebalik Wajah’ terbitan akan ditayangkan di saluran HyppSensasi (HyppTV Saluran 116) bermula 1 Mei 2017, Tayang setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam. Drama bersiri selama 30 episode ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd dan diarahkan oleh Patrick Lim. 

JUDUL : DI SEBALIK WAJAH
JUMLAH EPISOD : 30 episod 
TARIKH MULA TAYANGAN : 1 Mei 2017
HARI / WAKTU SIARAN : Isnin-Selasa, 9.00 malam
SALURAN : HyppSensasi (HyppTV Saluran 116) & HyppTV Everywhere 
SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya As’ari, Farah Bani
PENGARAH : Patrick Lim
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd

PELAKON DI SEBALIK WAJAH
 Diana Danielle, 
Aliff Aziz, 
Hefny Sahad, 
Zarina Zainoordin, 
Anwar Khan, 
Haeriyanto Hassan, 
Marissa Yasmin, 

WATAK PELAKON DI SEBALIK WAJAH
Diana Danielle sebagai Nadia
Aliff Aziz sebagai Amir Hisyam
Hefny Sahad sebagai Fared Hanafi
Zarina Zainoordi sebagai Elisa
Anwar Khan sebagai Ryan 

SINOPSIS DI SEBALIK WAJAH
Darama ini mengisahkan tentang Nadia (Diana Danielle) yang tersadar dari koma selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta ngeri yang kemudian menjalani pembedahan di wajahnya. Tanpa sebarang memori lampau mengenai dirinya, dan tanpa mengingati siapa dirinya yang sebenar, Nadia dihantui dengan ilusi dan panggilan telefon daripada satu suara misteri yang menyuruh beliau membunuh suaminya sendiri, Amir Hisyam (Aliff Aziz) yang merupakan seorang pewaris kepada syarikat pembangunan hartanah terkemuka di Malaysia. 

Bagaimanakah pengakhiran perhubungan di antara Nadia dan Amir? Adakah Nadia dan Red mampu untuk menjejaki Elisa semula? Jalan cerita ini akan menjadi lebih menarik di dalam ‘Di Sebalik Wajah’ di mana penonton akan terus mengikuti perjalanan Nadia untuk merungkai misteri di sekelilingnya. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Di Sebalik Wajah"

Catat Ulasan