Drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat

Drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat-Terbaru tayang di Slot Akasia, Drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli. Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan skrip Mazelan Manan. Bersiaran 28 episode drama ini mulai siarannya pada 22 Mei 2017.

Pelakon Drama Ku Kirim Cinta 

Ayda Jebat
Redza Rosli
Fahad Iman
Julia Farhana
Roy Azman
Nazia Mustafar
Zarina Zainuddin
Wilma Muhammad

Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta
Dikisahkan Di Drama Ku kirim cinta bahwa Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau lawan jenisnya. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air.

Ketika Nisha di Australia, percintaan mereka diteruskan lewat e-mail dan sosial messenger. Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa.

Apabila keadaan Zarul makin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dia untuk membalas e-mail dan WhatsApp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika dia ditakdirkan meninggal, Zarul mahu Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat

0 comments:

Catat Ulasan