Telefilem Yam Melaram TV9 - senarai drama adaptasi novel

Telefilem Yam Melaram TV9

Telefilem Yam Melaram TV9

Telefilem Yam Melaram merupakan arahan Emi Suffian. Dibintangi oleh Sherry Alhadad, Nadzmi Adhwa, Azhan Rani, Nonny Nadirah dan ramai lagi. Disiarkan di TV9 pada Isnin ini pukul 8.30 malam. 

JUDUL : YAM MELARAM
TARIKH / MASA : Isnin, 1 Mei 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Emi Suffian
TERBITAN : Timore Niaga Sdn Bhd

PELAKON Telefilem Yam Melaram
Sherry Alhadad, 
Nadzmi Adhwa, 
Nonny Nadirah, 
Azhan Rani, Ropie,  
Ain Sufia, 
Zila Bakarin

SINOPSIS YAM MELARAM 
Dikisahkan di telefilem ini bhwa Mariam yang juga dikenali sebagai Yam gagal menjadi seorang pelakon kerana fizikalnya gempal. Dengan perasaan kecewa dia membawa diri pulang ke kampung halamannya dan di sana lebih banyak menghabiskan waktunya diisi dengan menonton filem hebat. Namun aktiviti hariannya itu tidak disenangi emaknya, Cik Leha, seorang penjual jamu yang berjaya di kampungnya.

Pada suatu hari, terdapat produksi penggambaran di kawasan rumah mereka yang sedang mencari pelakon. Diceritakan juga sedang mengadakan uji bakat berlakon dan Yam tidak melepaskan peluang keemasan itu.dan mencoba, dan Siapa sangka impian Yam untuk berlakon akhirnya menjadi kenyataan. Dia tidak sangka usahanya selama ini berjaya dan baginya kelainan fizikal tidak menjadi penghalang buatnya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telefilem Yam Melaram TV9"

Catat Ulasan