Drama Seharum Mawar Lakonan Ika Nabila - senarai drama adaptasi novel

Drama Seharum Mawar Lakonan Ika Nabila

Drama Seharum Mawar Lakonan Ika Nabila-drama terbaru terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang berjudul Seharum Mawar. Drama ini bakal menampilkan lakonan Ika Nabila, Hafidz Roshdi, Fezrul Khan, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama arahan Amie Maziah ini akan menghiasi slot Widuri di TV1 mulai 26 Mei ini, tayangan setiap hari sepanjang ramadan, pukul 7 malam.


JUDUL : SEHARUM MAWAR
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri (TV1-RTM)
SKRIP : Fatin Nabila, Ramlah Rashid, Hasnita Hamidi
IDEA ASAL : Fatin Nabila
PENGARAH : Amie Maziah Abdul Rahman
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd

PELAKON DRAMA SEHARUM MAWAR
Ika Nabila,
Hafidz Roshdi
Fezrul Khan
Bil Azali
Jaslin Puasa
Atikah Suhaime
Usop Wilcha
Adam Lee
Noniswara
Aishah Atan
Putri Qaseh
Nafiez Zaidi
Aishah Atan

SINOPSIS LENGKAP SEHARUM MAWAR
Drama Seharum mawar mengisahkan sosok  Mawar yang anak yatim piatu dipelihara oleh datuknya, Tokya. Mawar berjaya menerima tawaran menyambung pelajarannya ke universiti, namun dia tidak dapat berbuat demikian lantaran kesempitan hidup yang dialaminya. Tambahan pula Mawar tidak mendapat sokongan daripada keluarganya. Hanya Tokya yang menyokongnya tetapi apakan daya Tokya sudah tua dan sakit.

Mawar berjaya mendapat 10A dalam SPM dan ditawarkan ke Universiti. Datuknya yang menjaga Mawar sejak kecil ingin sangat melihat Mawar sambung belajar. Walau bagaimanapun, himpitan kewangan telah tidak memungkinkan perkara ini terjadi. Mawar tiada tempat untuk mengadu kerana ibu dan ayahnya sudah tiada. Tokya menyara kehidupannya dengan menjadi pembantu di kedai runcit Abang Kamal. Anak-anak Tokya iaitu Senah, Nah dan Husin langsung tidak menunjukkan simpati atau kasih sayang kepada Mawar.

Tokya semakin sakit. Mawar berasa simpati kepada datuknya dan mula menggantikan Tokya sebagai pembantu di kedai Abang Kamal. Abang Kamal yang mempunyai isteri iaitu Sarah mula berminat untuk mengambil Mawar sebagai isteri keduanya. Mawar amat tertekan dan kecewa apabila dia mendapat tahu bahawa Mak Longnya yang merancang agar Abang Kamal mengahwininya. Tekanan Mawar semakin hebat apabila Tokya meninggal dunia dan dia sudah tiada sesiapa lagi untuk bergantung harap. Akhirnya Mawar mengambil keputusan untuk pergi mencari kehidupannya di Kuala Lumpur.

Nantikan kelanjutanya jangan lupa like dan share 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Seharum Mawar Lakonan Ika Nabila"

Catat Ulasan