drama bersiri terbaru Pergilah Air Mata adaptasi novel - senarai drama adaptasi novel

drama bersiri terbaru Pergilah Air Mata adaptasi novel

drama bersiri terbaru Pergilah Air Mata adaptasi novel
drama bersiri terbaru Pergilah Air Mata adaptasi novel

drama bersiri terbaru Pergilah Air Mata adaptasi novel karya Hanni Ramsul bakal disiarkan di RTM. Membariskan pelakon-pelakon popular saat ini seperti Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim dan ramai lagi. Akan disiarkan bermula 10 Julai ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.05 malam menerusi slot Widuri TV1.

JUDUL : PERGILAH AIR MATA
EPISOD : 4 Episod
TARIKH TAYANGAN : Khas (Raya)
SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM)
NOVELIS : Hanni Ramsul
PENGARAH : Jo Yusof
TERBITAN : Golden Pictures Sdn Bhd

PELAKON : Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim, Mustafa Kamal, Nadia Mustafa, Jasmin Hamid, Amar Asyraf, Azlee Khairi, Ezzaty Abdullah, Qistina Raishah

SINOPSIS PERGILAH AIR MATA

Dikisahkan dengan watak utama Sabrina (Nelydia Senrose), seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "drama bersiri terbaru Pergilah Air Mata adaptasi novel"

Catat Ulasan