Drama Dia (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Dia (TV3)

Drama Dia (TV3)-drama eksklusif di TV3 berjudul 'Dia' yang menggabungkan pelakon dari Negara Malaysia dan Indonesia. Ditunjangi oleh Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, dan Sandrinna Michelle Skornicki. Drama bersiri sebanyak 60 episode terbitan produksi OrangeTree Production Sdn Bhd. 
Tajuk : DIA
EPISOD : 60 episode
TARIKH TAYANGAN : 14 Oktober 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 9.00 malam
SIARAN : TV3 (Drama Eksklusif)
SKRIP : Zarihah Hassan, Nasir Sulaiman, Azidah Jaafar, Azmy Ariff, Shuhadatul Ain
PENGARAH : Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd / Limelight Pictures
PELAKON : Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Nonny Nadirah, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Syaffiq Sahli, Anas Ridzuan, Rykarl Iskandar, Hefny Sahad, Nadia Brian, Ezzaty Abdullah

WATAK PELAKON
Irwansyah sebagai Adit
Janna Nick sebagai Aira
Izara Aishah sebagai Emelda
Adi Putra sebagai Zaid
Sandrinna Michelle Skornicki sebagai Icha Aulia
Kevin Andrean sebagai Micah
Juliana Moechtar sebagai Zelma
Aleza Shadan sebagai Fatimah
Zamarul Hisham sebagai Hafiz
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Milah
Farouk Hussain sebagai Pak Hashim
Hefny Sahad sebagai Hafiz (muda)
Nadia Brian sebagai Faitimah  (muda)
Amir Nafis sebagai Ferdi  (muda)
Ezatty Abdullah sebagai Mak Milah (muda)
Emma Maembong sebagai Tina
Billy Boedjanger sebagai Ferdi
Cahya Kamila sebagai Rena
Tatiana Sivek sebagai Bunga
Adhitya Alkatiri sebagai Airel
Azhar Amir sebagai Faiz
Tash Yong sebagai Bella
Syaffiq Sahli sebagai Ustaz Nasir
Dicky Andryanto sebagai Herman Yopi
Taib Zamannuri sebagai Taib
Nonny Nadirah sebagai Maria
Mawar Rashid sebagai Anissa
Zarina Zainuddin sebagai Datin Salina
Ariff Aziz sebagai Dino

LAGU TEMA / OST DIA
Tajuk : Dia
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Video : LINK

SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)
DRAMA DIA Mengisahkan Adit, seorang pemuda yg jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya demi mereliasikan impian ayahnya itu.

Adit (Irwansyah) telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah), walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira (Janna Nick). Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.

Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka yang diberi nama Icha Aulia (Sandrinna Michelle Skornicki).

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula dengan Aira, wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Walaubagaimanapun, Aira kini rapat dengan Zaid (Adi Putra) yang telah lama mendambakan cinta Aira.

 Berbagai rintangan dan dugaan harus dilalui Adit. Adakah dia cukup tabah untuk mengharungi kesemua ujian yang menimpa hidupnya ini? Apakah kesudahannya?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Dia (TV3)"

Catat Ulasan