Drama Halalkan Hati Yang Kucuri (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Halalkan Hati Yang Kucuri (TV3)

Drama Halalkan Hati Yang Kucuri (TV3)

Drama Halalkan Hati Yang Kucuri (TV3)
Drama adaptasi novel Halalkan Hati Yang Kucuri karya Mia Kiff yang akan mengisi slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dibawah terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd. Nantikan tayangannya pada bulan Ramadan nanti.

JUDUL : HALALKAN HATI YANG KUCURI
TARIKH TAYANGAN : Ramadan 2018
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENULIS NOVEL : Mia Kiff
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd 
PELAKON : Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail

WATAK PELAKON 
Aliff Aziz sebagai Faiq
Farah Nabilah sebagai Delisha
Shah Iskandar sebagai Zainal 
Mimi Lana sebagai Salima

SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI
Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. 

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Halalkan Hati Yang Kucuri (TV3)"

Catat Ulasan