Bebaskan Anak Kita TV3 - senarai drama adaptasi novel

Bebaskan Anak Kita TV3

Bebaskan Anak Kita TV3

Telefilem khas kemerdekaan berjudul Bebaskan Anak Kita. Dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali, Amar Bahrin dan Fizz fairuz. Akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu, 8 September jam 9 malam.

TAJUK : BEBASKAN ANAK KITA TV3
WAKTU SIARAN : Sabtu, 8 September 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Feroz Kader 
PELAKON : Dato’ Rahim Razali, Amar Bahrin, Fizz fairuz, Jay Nazif, Ilyas Khan, Shamshul Danish, Idan Aedan, Husna Mustaffa

SINOPSIS BEBASKAN ANAK KITA TV3
Mengisahkan tentang sosok Rahim, seorang pengawal keselamatan pencen yang mahu membawa cucu-cucunya ke Stadium Merdeka dan berkongsi segala cerita suka duka bangunan Stadium Merdeka kepada mereka dengan harapan generasi itu tidak lupa akan sejarah awal pembangunan Malaysia, malangnya usaha dia mendapat kecaman dari golongan ibu bapa anak-anak itu yang memandang niatnya sebagai remeh dan tidak masuk akal.

Razak malu dengan semangat dan perbuataan ayahnya itu lalu meminta ayahnya tidak meneruskan rancangannya itu. Rahim tetap degil, lama kelamaan, Razak perasaan ayahnya semakin lemah. Akhirnya Razak mendapat tahu, ayahnya sedang bertarung ngan kanser tulang tahap akhir. Rahim meninggal dunia sebelum sempat mencapai impiannya itu.

Razak yang pada mulanya tidak menganggap hari merdeka penting untuk diri, mula meneruskan perjuangan ayahnya yang tidak kesampaian itu. Akhirnya dia berjaya mengumpul ramai orang ke Stadium Merdeka sempena hari merdeka itu. Mulai dari tahun itu, Razak bercita-cita untuk memberitahu generasi baru tentang pentingnya nilai kemerdekaan dan juga Stadium Merdeka itu sendiri.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bebaskan Anak Kita TV3"

Catat Ulasan