Myinfotaip Akil & Juan TV3 - senarai drama adaptasi novel

Myinfotaip Akil & Juan TV3

Myinfotaip Akil & Juan TV3

Telefilem khas sempena sambutan Hari Malaysia bertajuk 'Akil & Juan' yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya, ZSyazwan Zulkifli, Boniface Uyan dan Muhammad Shahidan Abdullah. Akan ditayangkan pada hari Sabtu, 15 September pada pukul 9 malam di TV3.
TAJUK : AKIL & JUAN
WAKTU SIARAN :  Sabtu, 15 September, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Frontrow Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Zarina Zainuddin. Syazwan Zulkifli, Boniface Uyan, Muhammad Shahidan Abdullah.

SINOPSIS AKU & JUAN
Mengisahkan Juan, anak remaja seorang tuai rumah panjang di Sarawak yang mendambakan kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Dia menolak harapan ayahnya yang mahukan dia menggantikan tempatnya menjadi tuai rumah, dan mahu menjadi askar untuk berjuang untuk negara.

Sempena musim cuti panjang sekolahnya, Juan akan ke Kuala Lumpur untuk meluangkan masa dengan abangnya. Setibanya Juan di Kuala Lumpur, dia mula membantu Rahman menjalankan kerja-kerja amal membantu gelandangan dan golongan asnaf. Ketika itu, Juan mengenali Akil, seorang remaja yang sebaya dengannya, tetapi hidupnya susah dan terpaksa berhenti sekolah untuk berkerja demi menyara persekolahan adiknya kerana ibunya sakit.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Myinfotaip Akil & Juan TV3"

Catat Ulasan