Myinfotaip Drama Cintaku Di Bumi Izmir - senarai drama adaptasi novel

Myinfotaip Drama Cintaku Di Bumi Izmir

Myinfotaip Drama Cintaku Di Bumi Izmir 

Dama bersiri terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd berjudul Cintaku Di Bumi Izmir yang dibintangi oleh Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali dan Syafie Naswip. Drama bersiri 30 episod ini diarahkan oleh  Idora Abdul Rahman. Drama cinta romantis ini disiarkan bermula 27 Ogos, setiap hari Isnin dan Selasa pukul 9 malam di Unifi T saluran HyppSensasi 116. 
Myinfotaip Drama Cintaku Di Bumi Izmir
JUDUL : CINTAKU DI BUMI IZMIR
JUMLAH EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin & Selasa, 9.00 malam
SIARAN TV : Unifi TV (Hyppsensasi 116)
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar & Raja Azidah
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali, Syafie Naswip, Noniswara, Ieka Zulkifli, Wanna Ali, Alif Hadi, GeorginaByl, Syafnida Shuhaimi, Sharifah Kamariah, Zera Hariz, Fathil Dani, Zainab Othman, Helvera Susanti 

WATAK PELAKON 
Hefny Sahad sebagai Aidid Fahmy
Raysha Rizrose sebagai Sharifah Suzan Sevgi
Nabila Razali sebagai Fara
Syafie Naswip sebagai Zafuan
Noniswara sebagai Haryati
Ieka Zulkifli sebagai Sherry
Wanna Ali sebagai Juliana
Syafnida Shuhaimi sebagi Sharifah Kamariah
Zera Hariz sebagai Marissa

LAGU TEMA / OST 
Nova - Mimpi Yang Berulang

SINOPSIS CINTAKU DI BUMI IZMIR
Pengusaha muda, Aidid mewarisi perniagaan eksport dan import makanan di Malaysia yang diusahakan keluarganya. Masih bujang, dia dibesarkan oleh ibu saudaranya Haryati selepas kematian ibu bapa beliau. 

Aidid perlu ke Turki bagi memenuhi undangan sebuah persidangan. Di sana, dia bertemu Suzan Sevgi yang membantunya dari segi komunikasi bersama orang tempatan. Aidid turut meminta Suzan menjadi pemandu pelancong dan penterjemah sepanjang dia berada di negara itu bagi memudahkan kerja.

Lama-kelamaan, perasaan profesional itu bertukar menjadi sayang. Namun, pada masa sama Aidid berdepan konflik apabila ibu saudaranya meminta dia berkahwin dengan anak teman baiknya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Myinfotaip Drama Cintaku Di Bumi Izmir "

Catat Ulasan