Paskal The Movie 2018 - senarai drama adaptasi novel

Paskal The Movie 2018

Paskal The Movie 2018

Filem Paskal The Movie diinpirasikan daripada kisah benar kejayaan pasukan unit khas dalam organisasi TLDM atau lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL). 

Filem yang menelan kos RM10 juta ini mendapat sentuhan pengarah Adrian Teh. Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Namron, Amerul Affendi dan ramai lagi. Akan menemui penonton bermula pada 27 September 2018 di pawagam seluruh tanah air.

TAJUK : PASKAL THE MOVIE
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 27 September 2018
Pengarah : Adrian Teh
Produksi : Asia Tropical Films Sdn Bhd
Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Nam Ron, Amerul Affendi, Sherry Aljeffri, Dato Sri Eizlan Yusof, Tiger Chen Hu, Steve Yap, Fabian Loo

SINOPSIS PASKAL THE MOVIE
Menceritakan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, yang merupakan seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Akan tetapi ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden.

LAGU TEMA  /OST
Tajuk : Cabang Tiga
Artis : Aman Ra

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Paskal The Movie 2018"

Catat Ulasan