Drama Petua Nenek TV3 - senarai drama adaptasi novel

Drama Petua Nenek TV3

Drama yang berjudul Petua Nenek akan mengisi slot Dahlia TV3. Drama bersiri 20 episod arahan Along Kamaludin. Dibintangi oleh Adiba Yunus, Raja Afiq, Liza Abdullah, Keena Mentor, Fazli Zainal dan ramai lagi.  Disiarkan mulai 22 Disember 2018 di slot Dahlia, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam mulai 22 Disember ini.

JUDUL : PETUA NENEK
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 Disember 2018
HARI / MASA : Sabtu & Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Azlina Din & Azni Ishak
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Adibah Yunus, Raja Afiq, Liza Abdullah, Zaidi Omar, Nafiez Zaidi, Julia Farhana Marin, Annie Ariffin, Keena Mentor

WATAK PELAKON 
Adiba Yunus sebagai Qaseh Arina
Liza Abdullah sebagai Nek Embun
Raja Afiq sebagai Nash
Jasmine Ashraff sebagai Cikgu Rose
Fazli Zainal sebagai Dato Rafael 
Liza Abdullah sebagai Nek Embun
Keena Mentor sebagai Leha 

SINOPSIS PETUA NENEK 
Dikisahkan sosok yang bernama Qaseh Arina (Adiba Yunus)  dibesarkan oleh neneknya, Nek Embun (Liza Abdullah). Nek Embun merupakan seorang bidan yang terkenal dengan pelbagai petua. Sejak kecil lagi Qaseh sudah mengikuti Nek Embun menyambut kelahiran bayi dan Qaseh ingin menjadi seperti neneknya itu. Setiap petua Nek Embun, Qaseh catitkan di dalam buku notanya. Petua-petua Nek Embun dibawa Qaseh sehinggalah dia melanjutkan pelajaran di universiti di ibukota. Pelbagai aksi mencuit hati yang dilakukan oleh Qaseh dengan petua-petua Nek Embun sehinggakan dia dikatakan kolot oleh rakan-rakan universiti.

Orang bandar tidak percaya pada petua-petua Qaseh. Tetapi, petua Qaseh berhasil membantu menyelesaikan masalah Nash (Raja Afiq), jejaka kaya dan tampan tetapi mempunyai masalah bau badan. Sejak itu mereka berkawan baik. Pelbagai lagi aksi mencuti hati Qaseh dengan petua-petuanya sehinggakan rakan serumahnya dimasukkan ke hospital kerana alah pada ramuan yang digunakan Qaseh.

Qaseh dimarahi dan dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Apakah yang akan terjadi pada Qaseh? Masihkah dia berpegang pada petua-petua Nek Embun?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Petua Nenek TV3"

Catat Ulasan