Drama Setelah Cinta Itu Pergi TV3 - senarai drama adaptasi novel

Drama Setelah Cinta Itu Pergi TV3

Drama yang berjudul SETELAH CINTA ITU PERGI diadaptasi novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani bakal disiarkan di slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar. Turut dibintangi oleh Julia Farhana Marin, Azrel Ismail, Shah Jaszle dan ramai lagi. Drama 20 episod arahan Heykal Hanifah, terbitan Zamriez Golden Picture.

JUDUL : SETELAH CINTA ITU PERGI
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Ezdiani Abd Rahman
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin, Shah Jaszle, Azrel Ismail, Fizo Omar, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Faye Kusairi, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi

WATAK PELAKON 
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Nina Iskandar sebagai Marina
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam

Dikisahkan Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Setelah Cinta Itu Pergi TV3"

Catat Ulasan