Telefilem Puteri-ntv7 - senarai drama adaptasi novel

Telefilem Puteri-ntv7

Telefilem yang berjudul  Puteri arahan Wan Hasliza yang dilakonkan oleh Duerra Mitilda, Rita Rudaini dan Zain Hamid pada Sabtu pukul 9:30 malam di ntv7. 

JUDUL : PUTERI
WAKTU SIARAN : Ahad, 9 Disember 2018, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
IDEA ASAL : Nabila Ali
SKRIP : Baizura Kahar
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PRODUKSI : Ansar Creative Media
PELAKON : Duerra Mitilda, Rita Rudaini, Zain Hamid, Nur Qaseh Shuhada, Khayrani Kemal, Kasseh Kishreena, Aresya Rania, Norazlina Ismail, Nur Qaseh Shuhada, Aina Syaza Tasniem, Shazzy Edora

SINOPSIS PUTERI
Diceritakan sosok Puteri, 9 tahun yang  dibesarkan dalam kehidupan sederhana. Ibunya,Suraya hanya mengambil upah dari hasil menjahit, oleh kerana itu, dia tidak pernah meminta apa-apa kerana sedar kepayahan ibunya. Rakan sekelasnya, Sarah sering menunjukkan koleksi buku-buku cerita seperti Cinderella, Snow White, Frozen & Beauty and The Beast. 
Di suatu hari, Puteri telah menyertai Pertandingan Cerita Pendek dan dia dinobatkan sebagai pemenang. Ganjarannya, Puetri akan dilayani bak ‘Puteri’ dengan 3 persalinan puteri selama 3 hari. Puteri teruja menaiki kereta mewah dan tinggal di hotel 5 bintang. Namun dia sering teringatkan ibunya kerana ini merupakan kali pertama dia berjauhan dengan ibunya. Hari terkahir, Puteri teruja untuk pulang ke rumah kerana terlalu merindui ibunya. Dia memeluk erat ibunya. Puteri memberikan sepucuk surat dengan tertulis “andai dia menjadi seorang ‘Puteri’ dia akan menunaikan segala impian ibunya dan tidak lagi ingin melihat ibunya bersengkang mata mengambil upah menjahit.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telefilem Puteri-ntv7"

Catat Ulasan