Drama Destinasi Ukhuwah TV1 - senarai drama adaptasi novel

Drama Destinasi Ukhuwah TV1

Drama bersiri Destinasi Ukhwah arahan Shuhaimi Zulkefli menerapkan genre ‘roadmovie’ secara santai serta diselitkan juga mesej keagamaan. Bersiaran mulai 31 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1.

JUDUL : DESTINASI UKHUWAH
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 31 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11.30 pagi
SIARAN TV : Slot Kejora TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Ikhwan Shah & Shuhaimi Zulkefli
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Zalif Sidek, Amerul Affendi, Fendy Bakry, Adam Shahz

SINOPSIS DESTINASI UKHUWAH
Dikisahkan empat sahabat yang terpisah selama 10 tahun dan bertemu semula secara tidak sengaja. Bagi mengatasi tekanan kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengembara menimba pengalaman sambil melakukan kerja-kerja amal.

Pengembaraan empat sahabat yang merentasi Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke Thailand, melawat setiap inci tanah Islam ini dan menemui pelbagai keindahan dan kerosakannya.

Mereka bermukim di setiap negeri dan berkongsi jiwa secara bernasyid di kaki lima menyampaikan lagu-lagu ketuhanan yang telah lama 'diam' di tanah ini. Suburkan kembali lagu nasyid seperti 'Buta Mata, Pondok Kecil' dan lain-lain.

Pelbagai kemaslahatan umum ditemui mereka di setiap negeri yang disinggah seperti kisah kasih terpisah, kisah khalwat & arak, misteri ahli sufi, alam bunian & jin, perkahwinan & cerai, kehancuran rumah tangga, kehebatan pancaindera serta pelbagai lagi.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Destinasi Ukhuwah TV1"

Catat Ulasan