Drama Kau Selalu di Hatiku TV1 - senarai drama adaptasi novel

Drama Kau Selalu di Hatiku TV1

Drama Kau Selalu di Hatiku TV1
RTM akan menyiarkan telefilem bertajuk 'Kau Selalu di Hatiku' mengisi slot Panggung Seri pada 19 Januari ini, pukul 9.00 malam di TV1.

JUDUL : KAU SELALU DI HATIKU 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 Januari 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Panggung Seri, TV1 (RTM)
PENGARAH : Jumal Yunus 
PELAKON : Siti Elizad Sharifuddin, Aedy Ashraf , Fattah Amin, Fauziah Nawi, Eyka Farhana

SINOPSIS KAU SELALU DI HATIKU  
Mengisahkan seorang pelajar miskin yang jatuh cinta terhadap gurunya, Cikgu Siti Zawiyah. Pada mulanya, cinta Ridzuan tidak berbalas kerana Cikgu Siti Zawiyah sudah bertunang dengan Azlam.

Dia terus berusaha untuk memikat hati Cikgu Siti Zawiyah dengan pelbagai cara meskipun sedar terdapat pelbagai rintangan yang perlu dihadapinya. Faktor umur dan status tidak pernah diendahkannnya.  

Ketika Cikgu Siti Zawiyah berjauhan dengan tunangnya, Ridzuan akhirnya berjaya juga mencuri hati Cikgu Siti Zawiyah. Namun keduanya masih meneruskan hubungan secara profesional antara seorang guru dan juga pelajarnya.


Setelah keputusan SPM diumumkan, Ridzuan mendapat tawaran masuk ke Universiti dan ini menggembirakan semua termasuk Cikgu Siti Zawiyah. Sedar pelajarnya itu tidak mampu daripada segi kewangan, pembelajaran Ridzuan telah di biayai secara rahsia oleh Cikgu Siti Zawiyah atas dasar mahu membantu anak bangsanya sendiri berjaya. Dia percaya Ridzuan pelajar cemerlang yang dapat mengubah nasib keluarganya kelak.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Kau Selalu di Hatiku TV1"

Catat Ulasan