Drama Suamiku Mr Blind - senarai drama adaptasi novel

Drama Suamiku Mr Blind

Drama yang diadaptasi dari novel Suamiku Mr Blind karya Danisyarahmat akan ditayangkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116. Dibintangi oleh Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari dan ramai lagi. Bakal menemui penonton pada bulan Februari nanti. 

JUDUL : SUAMIKU MR. BLIND
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : Februari 2019
SIARAN TV : HyppSensasi (Unifi TV)
PENULIS NOVEL : Danisyarahmat
PENGARAH : Rusdi Ramli
PRODUKSI : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Natasya Mahyan, Khaty Azian, Sheila Hassan, Roslan Salleh, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa

WATAK PELAKON 
Nazrief Nazri sebagai Aidil Zafran
Janisa Jalil sebagaiAin Shuhada 
Zoey Rahman sebagai Rayyan
Intan Najuwa sebagai Wani 
Dayana Roza sebagai Melissa
Bella Nazari sebagai Dato Adila
Khaty Azian sebagai Puan Sri Azizah
Gen Darwish sebagai Dani
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Auni

SINOPSIS SUAMIKU MR. BLIND
Diceritakan Pada zaman remaja, Aidil dengan sikap nakalnya suka membuli Ain. Ain Syuhada membalas dendam dengan menyembur racun serangga ke mata Aidil hingga menyebabkan mata Aidil Zafran buta. 

Sebelas tahun kemudian, Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya. Ain Syuhada muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. 

Ain merahsiakan identitinya dariapada Aidil. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat bila Ain putus tunang dengan Rayyan disaat perkahwinan mereka terlalu hampir.

Selepas majlis perkahwinan, barulah Aidil ketahui Ain isterinya adalah orang yang sama merosakkan matanya. Aidil bertekad untuk membalas dendam. Mampukah cinta mengatasi dendam yang membara

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Suamiku Mr Blind"

Catat Ulasan