Selasa, 11 April 2017

Telemovie Musafir Lalu lakonan Fizz Fairuz dan Syazwan Zulkifli

Posted by on Selasa, 11 April 2017

Telemovie Musafir Lalu lakonan Fizz Fairuz dan Syazwan Zulkifli

Telemovie yang berjudul Musafir Lalu diterbitan syarikat 2606 Skyline Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah Murali Abdullah. Skrip hasil karya ZH Emdee. Ditayangkan 8.30pm semalam (10/4/2017) di slot Skrin Di 9 (TV9).


Pelakon Telemovie Musafir Lalu

Fizz Fairuz
Syazwan Zulkifli
Dato’ Jalaludin Hasan
Rahim Omar
Dalimawati Ismail
Suraya Ghani
Neera Azizi
Feiyna Tajudin

Sinopsis Musafir Lalu

Dikisahkan yang bernama Chon insan lurus bendul yang sering mendapat tohmahan dan juga rungutan orang kampung tentang kambing-kambing peliharannya. Chon sering dibuli Wan anak ketua kampung bersama rakan-rakan nakalnya dikampungnya.

Perbuatan mereka juga sering memburukkan lagi tanggapan orang kampung terhadap Chon. Situasi ini telah memberi tekanan pada Ahmad selaku bapa tiri Chon. Mujurlah Zarah ibu Chon sering mempertahankan Chon dari di tohmah yang bukan-bukan.

Diceritakan juga bahwa Ahmad yang terlalu sakit hati dan benci pada Chon, bertindak menjual semua kambing-kambing Chon tanpa pengetahuan Chon. Situasi ini telah mengecewakan Chon dan muncul Shidi memberi semangat baru pada Chon mengajak Chon merantau ke Kuala Lumpur ibukota malaysia.

Di Kuala Lumpur kemudian Chon yang berkerja sebagai pengawal keselamatan telah terperangkap dengan cinta tiga segi Liza. Situasi ini sekali lagi mengudang malang pada Chon. Chon di buang kerja kerana membelasah Asmarul kekasih Liza yang mana adalah anak pemilik syarikat keselamatan Chon berkerja.


logoblog

» Thanks for reading: Telemovie Musafir Lalu lakonan Fizz Fairuz dan Syazwan Zulkifli