Drama Dia Anak Jeneral (TV2)

Drama Dia Anak Jeneral (TV2)

Drama bersiri yg bertajuk 'Dia Anak Jeneral' yang diadaptasi dari novel tulisan Hezzy Azra akan mula ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM TV2) bermula 24 Januari ini. Drama terbitan produksi A.Aida Production ini diarahkan oleh Khalid Nazri. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Niena Baharun sebagai teraju utama.

JUDUL : DIA ANAK JENERAL
JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Januari  2017
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 8.30 malam
SIARAN TV : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
PENULIS NOVEL : Hezzy Azra
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON :  Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fazil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed, Fad Anuar, Azam Pitt

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai Zakhif
Niena Baharun sebagai Syirin
Datuk Tarmimi Siregar sebagai Dato Hambali
Aida Khalida sebagai Noriah
Mas Khan sebagai Nukman
Mimi Ernida sebagai Diara 
Fatimah Azzahra sebagai Shima
Adiba Yunus sebagai Shida
Kodi Rasheed sebagai Syafiq
Fad Anuar sebagai Nuar
Azam Pitt sebagai Kudin

LAGU TEMA / OST 
Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
SINOPSIS DIA ANAK JENERAL
Mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Drama Dia Anak Jeneral (TV2)

0 komentar:

Catat Ulasan